Sahabat Maya

Jumaat, 26 Ogos 2011

Salam Lebaran

Ihsan from Mr. Google

Sedar tak sedar kita telah berada di penghujung Bulan Ramadhan. Kemeriahan sambutan Hari Raya telah terasa. Rakyat Malaysia rata-rata semua mengambil peluang ini untuk balik kampung. Aku juga tak  terkecuali untuk balik merayakan Aidil Fitri bersama keluarga tersayang.

Abang tak dapat ikut beraya sekali di kampung kerana bekerja.
Abang kecewa sangat tapi abang janji
Raya Haji kita balik sekali yea.

Kata-kata yang aku tunggu selama ini akhirnya terluah jugak. Dalam hati "Yessss... Alhamdulillah. Tapi muka buat-buat selamba je (jual mahal lagi tu ehehe). Ya Allah terima kasih kerana membuka hati seseorang untuk menyayangi aku.

Selama ini, aku rasakan dengan keadaanku & rupa yang tak seberapa ini, aku takkan disayangi. Tapi Allah tu Maha Adil & Maha Mendengar. Aku bersyukur sangat dia cetuskan dalam hati seorang insan untuk sayang pada aku.

2011 adalah tahun yang paling mencabar sepanjang usiaku. Banyak cubaan & dugaan yang telah aku lalui pada tahun ini. Dari awal tahun, ujian demi ujian datang bertimpa-timpa. Aku tak cukup kuat untuk hadapi semua itu. Mujurlah aku punyai adik-adik yang amat supportive, mak abah yang begitu tabah, ibu & bapa saudara yang begitu caring. 

Ya Allah, kau kuatkanlah iman & hati-hati kami dalam menempuh semua ujian-Mu. Kami merasakan ujian ini terlalu berat namun ia menjadikan kami dekat dengan-Mu. Di sebalik penghinaan yang kami terima, ada rahmat yang melimpah ruah.

Yang penting Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba diharapkan menjadi satu titik permulaan kehidupan yang baru.

Maaf Zahir & Batin buat semua.