Sahabat Maya

Rabu, 28 September 2011

Aku yang bernama siapa

Hidup tak seindah mimpi
Ia hanyalah realiti yang tak terjangkau dek akal manusia
Ilmu yang ada dalam dada perlu diguna
Dalam meniti sirah hidup supaya kita tidak tersesat di kemudian hari

Siapakah aku?
Kenapa aku masih berteleku di sini
Mengapakah aku masih terhenti di sini
Sesungguhnya penantian ini terlalu kusut & panjang
Aku menjadi terlalu alpa & leka
Tentang sesuatu yang bukan milikku
Apabila aku tersedar aku telah hilang arah
Jauh.....

Di manakah hendak ku bawa diri & haluanku
Kepada siapa aku hendak bertanya arahku
Siapakah aku sebenarnya?