Sahabat Maya

Rabu, 14 September 2011

Bermulanya suatu perjalanan baru

Bismillahirahmanirrahim.

Dengan lafaz kalimah yang satu, aku memulakan langkah kaki dalam dunia perniagaan. Bukannya aku tak pernah mulakan sebarang perniagaan, tetapi aku dapat rasakan "aura" yang luar biasa kali ini. Aku dapat rasakan setiap langkah perjalananku semakin jelas. Aku rasa arah tujuanku semakin kelihatan di ruang mata. Aku dapat merancang destinasiku kali ini, tapi yang pasti aku perlukan rahmat Allah s.w.t. dalam setiap langkah waima seinci pun.

"Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah"

Itu ayat yang diberikan oleh sepupuku ketika aku berumur 5 tahun. Baru kini aku sedar, kata-kata beliau banyak betulnya...Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kan. Oleh itu, memang usaha diperlukan untuk capai kejayaan. Kemenangan takkan datang bergolek.

Mak, abah, adik2, kawan2, aku perlukan sokongan kalian yang tak berbelah bahagi... Moga hari-hari yang mendatang membawa kebahagiaan & kegembiraan yang tak pernah berhenti kepada kita semua. Dan, yang paling penting mendapat redha Ilahi...