Sahabat Maya

Rabu, 28 September 2011

Tiada jalan pintas

"Jika kita tidak disibukkan dengan urusan kebaikkan, nescaya kita akan disibukkan dengan urusan kebatilan." - Hassan Al-Basri
Saya setuju dengan kata-kata Hassan Al-Basri kerana pada masa ini, banyak pengaruh negatif yang sentiasa berada di sekelililng kita samada kita sedar atau tidak. Oleh itu, ambil peluang untuk buat kebaikan & jangan bertangguh untuk buat baik.

Sebenarnya sangat susah untuk buat baik & sangat senang untuk buat jahat kerana Syaitan sentiasa memerangkap anak cucu Adam supaya terjerumus ke jalan kejahatan. Bila kita berbuat salah, akan ada satu perasaan gementar di dalam hati iaitu Iman. Sentiasalah berpihak kepada Iman kerana ia lebih dekat Allah.

Jalan kejahatan adalah jalan pintas, kita akan dapat apa yang kita mahukan tetapi ia tak kekal lama. Akan tetapi jalan kebaikan sangat susah & berliku, banyak halangan yang akan tiba di depan kita. Kekadang ia akan mengambil masa yang agak lama, kesabaran amat perlu. Namun bila tiba ke destinasi kita akan merasa gembira & bahagia.