Sahabat Maya

Selasa, 20 September 2011

Kecewa sebentar @ derita selamanya

Hidup tidak selalunya indah. 
Langit tak selalu cerah. 
Suram malam tak berbintang. 
Itulah lukisan alam.

Kita takkan tahu apa yang akan terjadi pada kita di masa hadapan. Kita selalu membayangkan bahawa bila kita melangkah ke suatu alam baru, segalanya akan menjadi sempurna. Jika pada suatu hari berlakunya perkara yang di luar jangkaan kita & membuatkan kita berasa amat sedih, kecewa & merana....barulah kita sedari bahawa kitaran hidup bukan terletak dalam genggaman kita.

Begitu juga dengan soal menjaga pasangan kita yakni suami / isteri; pasangan sehidup semati. Ini bukan soal main-main, bagi saya nilai pasangan bukanlah nilai wang ringgit tapi nilai hati. Hati jika sudah terluka amat sukar untuk sembuh. Hati andai sudah kecewa amat susah untuk bangun semula.

Usah dirayu pada yang telah pergi
Hanya luka lama berdarah kembali

Bangunlah wahai insan yang sedang bersedih. Jangan memandang pintu yang bertutup terlalu lama, sedangkan pintu baru telah terbuka luas untukmu. Rebutlah peluang, majukan diri sendiri. Usah mengharap pada orang yang tak sudi. Semoga hari esok akan bersinar secerah mentari pagi.