Sahabat Maya

Jumaat, 28 Oktober 2011

Keliru atas ilusi sebuah cinta

Pic Source


Aku yang masih di perjalanan hidupku

Dalam kisah hidupku, cinta punyai catatan yang panjang. Aku sendiri tak mengerti tentang perjalanan sebuah kasih sayang dalam hidupku ini. Lantas helaian-helaian rindu aku buka satu persatu. Ku susun nada cinta dalam senyum bersulam tangis. Lantas, tiba-tiba sangsi bertamu di hati, di manakah penghujungnya cerita cintaku.

Keliru dengan hubungan yang bernama kasih & kekasih. Aku masih lagi berlari-lari dalam kelam mencari cahaya kasih, apakah akan ku temui cinta, manakah jodohku... Apakah yang harusku lakukan...
Dalam kekeliruan...cahaya cinta Rabbul Izzati memeluk daku...erat sekali. Aku dapat rasakan kehangatan kasih sayangnya, tulus dan penuh keikhlasan. Dalam dakapan kasihNya, aku rasakan hidupku ada haluan, ada destinasi. 

Sesungguhnya cintaMu adalah destinasiku, kasihMu yang sentiasa aku dambakan, rinduMu sentiasa menggamit aku untuk kembali ke pangkuanMu... 
Benar...aku tak betah bila tidak menyebut namaMu Ya Ilahi...

Selasa, 25 Oktober 2011

Orang yang kental

Sumber


Dah lama gile kot aku tak menaip kat dalam blog ni...Yelah pelbagai cobaan dok ada... Aku dah sampai fening-fening bersilat tepis kiri tepis kanan...Nak cari makan punya pasai kan

Rupanya berniaga memerlukan kita menjadi orang yang sentiasa bermotivasi, memotivasikan orang lain serta diri kita sendiri... Tak heranlah peniaga-peniaga tegar punyai jiwa yang kental & kuat. Banyak lagi yang perlu aku blajaq selok-belok bisnes ni...

Tapi....pekara yang paling syok sekali dalam bisnes adalah rakan kongsi yang baik...Meraka sentiasa support kita agar kita tak terbawak-bawak sifat malas & malu...

Aku respect siot dgn orang berniaga... Depa memang power....