Sahabat Maya

Isnin, 17 Oktober 2011

Bukan cinta biasa

Cinta itu biasa, kasih juga biasa
Kasih orang ketiga itu luar biasa

Sukarnya menjadi orang ketiga dalam sesuatu perhubungan ditambah lagi perhubungan itu telah berlalu buat sekian lama. Seluruh hati telah diserah kepada dia. Habis apa lagi yang perlu dilakukan. Diam seribu bahasa atau teruskan perhubungan yang sudah diketahui pengakhirannya.

Hak...tak punya & dipunyai... Semakin lama semakin lelah untuk menipu diri sendiri. Mengharapkan dia menjadi hak milikmu yang hakiki, padahal ia telah dimiliki...

Kita seringkali dangkal fikiran bila melibatkan hati & perasaan. Terbuai dengan khayalan serta sentiasa dihadiahkan dengan kata-kata cinta, rindu jua kasih. Orang yang memberi hati tak sama dengan orang menerimanya...Sakit bila hati yang telah diberi cuma dipermainkan.

Habis apa lagi harusku lakukan, untuk memiliki jiwamu kasih...Madu itu pahit

Aku buntu dalam pencarian yang bernama bahagia.