Sahabat Maya

Selasa, 4 Oktober 2011

Cuba menjadi seseorang

Aku cuba menjadikan diri yang terbaik meskipun telah lama aku lupa cara untuk hidup & cara untuk mendekati umat-umat manusia dalam alam ini...

Aku telah lama mendiamkan diri, sembunyi dari dunia luar yang amat luas, sentiasa berhadapan dengan diri sendiri tanpa menghiraukan apa yang orang lain buat.

Aku ingin bangkit dan keluar dari ruang lingkup yang bernama selesa ini... Aku ingin mencari identiti diriku di sebalik kaca mata orang lain, dari pandangan seorang sahabat, teman & taulan.

Aku ingin hidup...Hidup untuk menjadi seseorang...