Sahabat Maya

Selasa, 4 Oktober 2011

Mak & Abah

Mak, mama, umi, ibu...Abah, papa, walid, abi.... Biar apa jua panggilan yang kita lontarkan & sebut. Mereka tetap orang yang sama, orang yang banyak berjasa kepada kita. Orang yang merupakan sebab kita berpijak di muka bumi ini sekarang. Sewaktu jari-jemariku menaipkan bait-bait ini, fikiranku menerawang & mengimbau kembali zaman-zaman ketika tinggal dengan Mak dan Abah.

Kini aku berada di perantauan...agak lama.... Lebih dari 5 tahun. dan acapkali itulah aku teringat Laksa  yang Mak buat. Aku pulak sering menyakat Mak dan akhirnya Mak kejar kau keliling rumah...aku juga teringat saat-saat aku berdiskusi bersama Abah membincangkan isu-isu semasa, mencari streamline isu-isu agama...Memang...aku rindukan saat itu...Detik yang dulu aku bersama mereka.