Sahabat Maya

Isnin, 10 Oktober 2011

Penantian

Akan ku tunggu
Ku takkan pernah berhenti
Ku akan terus mencari
Bahagia itu pasti ada

Cinta itu pasti menjelma
Cuma menanti masa & ketika
Saat itu kelak kan tiba

Tatkala cinta menjemput bahagia
Untuk bertandang dalam ruang hidupku
Mengisi ruang rompong dalam lubuk hatiku

Aku percaya...
Ia pasti kan tiba
Bersama sinar bintang kejora
Indah nian bawa cahaya
Menerangi hidupku di alam fana

Suatu hari aku jua akan kembali ke asal kita
Moga cinta & bahagia itu kekal hingga ke syurga.