Sahabat Maya

Jumaat, 30 Disember 2011

Sesat eh???

Pujangga pernah berkata :-
" Sesat seinci akan menyimpang beribu batu"

Saya sangat setuju dengan kata-kata tersebut. Hidup tak selalunya indah, setiap syllybus hidup mengajar kita pengajaran baru setiap hari tanpa gagal. Agama kita telah meletakkan garis panduan yang cukup sempurna untuk kita fahami & ikuti. Jangan pernah tersasar. Waspada dengan ujian yang datang menerpa setiap kali kita mula melangkah dalam ceruk kehidupan.
 
Apakah kita yakin apabila ada mata-mata yang memandang serta merenung tajam pada setiap jejak langkah kita? Adakah kita bersedia apabila ada bait-bait kata dari mulut-mulut yang mengata serta mengeji tiap tingkah laku kita? Dan apakah kita cukup kuat tatkala ada-ada tangan yang menarik kita untuk berbuat sesuatu perkara yang menyimpang daripada landasan-Nya. 
 
Ujian hidup memang hebat, dugaan serta cabaran sangat dasyat. Istiqamah dalam menempuh perjalanan kembara kehidupan supaya kita dalam menggalas amanah-Nya sebagai kesinambungan perjuangan junjungan kita Rasulullah s.a.w. Semoga beroleh syafaat & rahmat dari Allah Tuhan Sekelian Alam.