Sahabat Maya

Khamis, 8 Disember 2011

Pengembara Hati


Wahai pengembara didalam hidupku
Akukah yang bersalah kerana mendambakan cintamu
Aku tak tahu perasaan yang amat asing ini telah bertamu dalam kalbuku
Mengapa aku begitu sayangkan kamu
Padahal kau baru ku kenali beberapa ketika

Tahukah dikau wahai orang asing
Bahwa selama ini daku menunggu sang arjuna priaku
Datang bersama perisai emasnya
Membawa daku pergi bersamanya
Dengan penuh kasih di dada
Aku berharap hari itu tiba

Akukah yang bersalah kerana telah serahkan hati padamu
Waima sekelumit cuma perasaan ini tercuit
Kau masih tetap ku rindu
Wahai pengembara hatiku...