Sahabat Maya

Khamis, 13 Disember 2012

Mencari suatu destinasi bernama bahagia

Semalam adik aku cakap kat mak yang "bakal" dia nak datang rumah hujung minggu ni...

Aku pun wat muka toya buat-buat tak paham bila mak jeling kat aku.
Please la...jodoh cheq tak sampai lagi la mak....
Takkan cheq nak pi wat cheap sale kat pasar malam pulak kot...

Anyway aku doa adik aku happy...aku sayang adik-adik aku. Aku tak mau diorang semua alami apa yang aku dah lalui & tempuhi. Aku tahu diorang pun sayang muaxxx kat aku...

Hopefully 1 day aku jumpa my soulmate...Aminnnn.....

Rabu, 12 Disember 2012

Selasa, 4 Disember 2012

Mencari secebis semangat

Rasanya semangat yang masih berbaki ini makin luntur
Aku semakin pasrah dengan kehidupan sendiri
Arah yang aku cari belum ku temui destinasi
Apakah ini petanda akan berakhirnya hidup ini

Jika ini takdir hidupku
Akan aku tempuhi walau ranjaunya berliku
Semangat yang tersisa
Masihkah ada ruang ku temui bahagia....?

Ahad, 25 November 2012

Bila Fahrin Ahmad senyum

Aku kurang sihat hari ini...demam selsema la pulok
Dari subuh dok bersin, rasa nak buang jap hidung ni. Nafas macam tak lepas...bila masa pulak aku semput ni?

Tengah hari tengok cerita Aku Terima Nikahnya...Good love story, scene dia bagi aku agak over.
Tak payahlah nak kiss-kiss bagai, inikan Malaysia. Lagipun dua-dua orang Islam kan?

Berbalik pada sakit aku, dah banyak kali aku telan ubat mungkin menjelang malam akan kurang....harap gitulah.

Apa kena cerita ni dengan tajuk...Suka hati aku la...Aku suka tengok dia senyum #peace yo

Sabtu, 24 November 2012

Kita rindu awak walaupun dari jauh

Awak...

Malam ni kita ingat sangat kat awak
Kita jadi rindu
Awak tengah watpe tu?

Kita tahu awak pun rindu jugak kat kita
Awak pun mesti teringat kat kita

Sabar ye awak
Walaupun kita belum bersua muka
InshaAllah Allah akan temukan kita
Cuma menanti masa yang sempurna

Jodoh kita adalah rahsia Allah
Ia tersimpan kemas sebagai satu hadiah terbaik buat kita berdua

Awak...
Tunggu kita tau...

Khamis, 22 November 2012

Jom berdoa untuk saudara-saudara kita di Palestine



Credit to IluvIslam.com

22 November 2012 - Sekadar sebuah coretan

Pagi ini ku rasakan sebagai satu rahmat bilamana kaki aku dapat pijak tanah semula. Aku bersyukur kepada Allah yang memberikan anugerah ini.

Sudah seminggu rasanya kaki ini membengkak & tiada surutnya. Pabila malam menjelang ia semakin mengeras & sakit. Sesungguhnya perjuangan kali ini amat perit bagi aku.

Aku tewas jua malam tadi pabila aku mengalirkan air mata kerana kesakitan yang aku alami ini.

Aku pasrah atas ujian-Mu Ya Rabbi...

Jumaat, 9 November 2012

Lirik Lagu - Senandung Hidup Berbudi

Ombak lautan berombak
Mengapa mengubah pasir di pantai
Bayu bertiuplah bayu
Mengapa menjadi ribut dan badai
Begitu kita merancangkan
Belum pasti hadirnya kebahagiaan
Fahamlah apa itu takdir
Akan berseri hidup yang ditadbir
Hidup menggadai harta
Agar diri berharga
Janganlah kau salah mengerti
Kelak kau kan menggadai diri
Mencari penghormatan
Janganlah sampai terkorban
Yang mulia pasti kita hormatkan
Yang rendah jangan dihinakan
Tenang di air yang tenang
Jangan di sangka boleh direnang
Kail panjanglah sejengkal
Janganlah lautan hendak diduga
Itulah pesan orang lama
Menjadi bekal pada yang berusaha
Ingatlah pepatah ini
Menjadi panduan hidup berbudi

(Disampaikan oleh Ramli Sarip & Jay Jay)

Khamis, 8 November 2012

Cinta tak harus memiliki

"Aku tahu cintaku terlalu asing untuk singgah dihatimu, tetapi demi tuhan aku tahu nilai cinta yang Dia kurniakan di hati setiap insan. Andai cintamu bukan untukku...Aku sesekali tidak akan merampasnya
Serahkanlah hati dan cintamu pada yang berhak dan biarlah aku pergi mencari cinta sejati yang telah dijanjikan untukku kiranya ada"

Sumbe
Cinta... perasaan yang Allah kurniakan sebagai satu anugerah kepada tiap-tiap insan di dalam dunia tak kira lelaki mahupun wanita. Semua tak terkecuali dari melalui fasa tersebut samada cepat mahupun lambat.

Cinta sejati adalah cinta tanpa harapkan sekelumit balasan. Kadangkala kita rasa tak boleh nak bercinta atau berkasih sayang tanpa balasan. Tapi cuba renungkan...keluarga, ibu, ayah & sahabat kita. Mereka menyayangi kita tanpa syarat.

Kita selalu mengharapkan perjalanan cinta sentiasa indah namun kekadang ujian & halangan itu tiba tanpa kita undang. Istilah menang atau tewas tak pernah wujud dalam cinta kerana kita mahukan orang yang serasi dengan kita dan bukanlah seseorang yang mahu kita bersaing.

Carilah orang yang sayangi diri kita & bukan orang yang kita sayang.

Pasti Ke Curang?

Munah cuba menghubungi suaminya berkali-kali tapi tak dapat. Telefonnya tidak diangkat. Hatinya mula berasa tak sedap. Fikirannya berlegar-legar.

"Suami aku ni pergi outstation ke pergi dating? Dari pagi tadi aku telefon tak berangkat. Dah la tengah hari tak telefon aku"

Munah mula mundar-mandir. Hatinya tidak tenteram. Semalam si Tijah kata dia nampak suami Munah keluar dengan perempuan lawa. 

" Ah tak boleh jadi ni. Dari suami aku dikebas orang baik aku berhati-hati"

Dia mula mendail semula. Kali ini berjawab.

Munah : Assalamualaikum abang, abang ke mana? Seharian ayang call tak berjawab? Ayang risau tau

Suami : Ayang, kan abang bagitau abang kena attend seminar, lepas tu abang ditugaskan untuk entertain client dari Dubai. Yang boleh jadi lama tu sebab one of the clients tiba-tiba sakit jantung. Abang yang kena hantar dia pergi hospital, tu yang lambat. Abang minta maaf ye ayang.

Munah : Oh, macam tu...(dalam hati Munah menyesal sendiri kerana curiga...)




P/S   : Sekadar cerita di petang hari (^_^)


To cook or not to cook

Good mornings Bloggians,

Semalam... teringin sangat nak makan megi pastu bila balik keje je terus terjah kedai dekat umah. Beli Mi Sedap perisa kari (best weh). Selalunya aku layan megi tomyam tapi memandangkan dah hampir 6 bulan tak makan megi feel nak makan tu lain macam sikit.

Tetiba teringat adik lelaki aku, dah lama tak rasa masakan dia. Kalau kat umah dialah Master Chef . Dari masakan siam sampai western semua dia pandai. Aku je tak berapa nak pandai sangat masak. Makan tu memang expert le hehehe.Aku teringat masakan paprik & dan tomyam yang sememangnya kalau makan sampai menjilat pinggan. Adikku kalau baca entri ni, ingat-ingatlah kak longmu di sini...
 


Rabu, 7 November 2012

Part Time Job @ USIM


Universiti Sains Islam Malaysia sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut:

Pembantu Pengawas Peperiksaan
TEMPOH DIPERLUKAN    : 31 DISEMBER 2012 sehingga 18 JANUARI 2013
TARAF JAWATAN                : SAMBILAN

Syarat-syarat pengambilan pula adalah seperti berikut :-
WARGANEGARA         : MALAYSIA
AGAMA                        : ISLAM
UMUR                           : 18 – 28 TAHUN
KELULUSAN               : SPM (Minimum dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat yang sama)

Borang permohonan boleh didapati di :-
Bahagian Pengajian Prasiswazah
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai
Negeri Sembilan

Sila hantar borang permohonan anda ke alamat di atas sebelum atau pada
30 NOVEMBER 2012

Nota:
  1. Pelajar/Pelajar lepasan USIM tidak dibenarkan memohon.
  2. Wanita yang sedang mengandung juga tidak dibenarkan memohon.
  3. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  4. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.
  5. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang tinggal berdekatan dengan Kampus Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai dan mempunyai kenderaan sendiri.
  6. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 21 Disember 2012 adalah dianggap tidak berjaya.
  7. Bayaran elaun adalah sebanyak RM 49.37 bagi setiap hari bekerja.
  8. Makanan dan minuman disediakan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian : 06-798 8145 / 8325 @ klik sini

Bila nak cute ni?

Ku pandang-pandang, ku tenung-tenung bulan tak timbul-timbul.

Dok nengok orang-orang Korea wat make over wat aku tanya diri sendiri... Eceh. Kalau la muka cam barbie doll (mode : angan-angan lompat dari awan ke awan)


Drama, drama, drama - My Blessed Mom

Kisah yang menarik penuh dengan emosi, sayu, sedih & gembira. Konfik yang tercetus di antara ibu & anak diolah dengan baik menerusi drama 20 episod ini.

My Blessed Mom diadaptasi dari novel berjudul Stupid Mother karya Choi Mun Jung.



Ia mengisahkan seorang perempuan cantik Kim Young Joo (lakonan Kim Hyun Joo) yang bijak dan mempunyai karier yang kukuh sebagai seorang editor di syarikat majalah yang terkenal di Korea. Dia berasa malu kerana mempunyai seorang kakak  (lakonan Ha Hee Ra) yang IQ level yang sangat rendah iaitu 56. Fikirannya seperti kanak-kanak berusia 16 tahun.

Kim Young Joo selalu cuba untuk menghindari kakaknya, namun, ternyata hubungan mereka makin erat dari hari ke hari sehinggalah suatu ketika dia mengetahui bahawa kakak itu sebenarnya adalah ibu kandungnya sendiri.

Selain berkisar tentang kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, drama ini juga memaparkan konflik rumahtangga Kim Young Joo apabila suaminya curang bersama wanita lain. Ditambah lagi, anak Kim Young Joo sentiasa menyalahkan ibunya kerana menyebabkan ayahnya lari meninggalkan mereka.

Drama ini boleh ditonton menerusi ONE TV Asia.

Aku suka cerita ini sebab ia mengisahkan tentang kekeluargaan lebih-lebih lagi seorang ibu. Aku menangis macam orang kena pukul pada beberapa episod. Bagi aku cerita ini ada aura yang tersendiri.

Rabu Yang Bisu - Sayang Kamu


Selasa, 6 November 2012

Misi selongkar folder lama

Malam-malam ni syok jugak selongkar balik folder lama dalam pendrive. Banyak jugak gambar-gambar dari tahun lepas dalam file. Dah berhabuk tapi kalau dibiar kat situ takde la sentimental value bila nak tengok balik sebab takut bila kena virus kena format. Jadi cara yang paling baik muat naik dalam blog... Walawei




Gambar diambil di SACC Shah Alam. Bintang utama hari tu ialah Anita Sarawak, pengacara pulak Zizan Razak dengan Juliana Evans. Seronok...Yang paling sedap menunya ialah ayam yang kaler hijau...lupa pulak namanya eceh...







Ni pulak time company dinner tahun lepas jugak. Tema warna oren. Pengacara Sharifah Shahira & Nabil Raja Lawak. Artis pulak yang paling best Faizal Tahir. Memang seronok & I was enjoy the dinner yummy...





Ni pulak time Majlis Penutup Sukan Syarikat. Tema Batik. Main sambar je baju...asal ikut tema.



Yang kat atas ni dinner kat The Mines Cruise. Memang terbaik dari segi kemudahan sampailah ke makanan. Perjalanan yang mengelilingi tasik Seri Kembangan memang mengujakan. Makan malam dikendalikan oleh Miss Nina Flower & The Rebellious Girls. Diorang memang seksi meksi habis.
Gambar agak sensored sikit ye...





Tumpang Simpati

Kenapa perlu sampai menipu? Kan lebih elok beritahu perkara yang sebenar. Walaupun agak memalukan tetapi perkara yang serius macam ni masih perlu dibawa berbincang.

Nak kahwin dengan anak dara orang tak semudah membeli ikan di pasar...Kena betul adab sopan dan tata susila. Jangan main redah aja. Kita orang timur, kaya dengan adat & budi bahasa. Kalau dah tak tahu berbudi, belajarlah pada orang yang lebih berilmu.

Sumber : Harian Metro Online

Jenis-Jenis Jin

Assalamualaikum

Entri kali ini berkisarkan tentang jenis-jenis jin yang berkeliaran di sekeliling kita. Dewasa ini, sihir semakin berleluasa & sebagai orang Islam kita wajib mempersiap diri dan senantiasa berwaspada dengan setiap ilmu yang kita belajar.

Berikut adalah 9 Jenis Jin:-

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat
cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli
barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka
buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati
rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai
kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para
ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang
yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm
& tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik
sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam
keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah,
gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari
kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika
masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku
keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami
bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan
menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya
ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat
kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Jumaat, 2 November 2012

Itu nama kau & dia

Sedih, hairan, gembira...semua bercampur manjadi satu... Aku blogwalking dan kemudian aku jumpa nama kau & dia. Tarikh tempahan November 2012. Ya Allah...luluh jantungku....


Cukup sudah kau kecewakan hati mak & abah aku setelah kau merancang membawa khabar gembira buat mereka. Akhirnya kau berdiam diri. Dah aku agak kau ada orang lain tapi sikap kau masih macam dulu... berdiam diri lalu tinggalkan aku.

Lalu, dalam tempoh itu aku kenal dengan seorang kawan lelaki. Sekadar kawan, benar... aku tak tipu. Tapi dek kerana kecewa aku menyatakan dia tunanganku saat kau telefonku setelah hampir 3 bulan menyepikan diri.

Kau anggap aku siapa? Waktu kau susah, kau cari aku tapi bila gembira kau tinggalkan aku.

Aku bersyukur kau dijodohkan bukan denganku kerana dengan sifat yang sebegitu, siapa tahu suatu hari nanti kau akan tinggalkan juga diri samada lambat atau cepat.

Semoga berbahagia...

Selasa, 16 Oktober 2012

Macam ni punye pe'el pun ada ka?

Terbaca dalam Harian Metro Online pagi ni...Ape da? Bila ibadah dicampur dengan maksiat, dah tentulah Allah pelihara ibadah.

P/S: Sama-sama jadikan iktibar buat diri sendiri (^_^)

Isnin, 15 Oktober 2012

Lirik Lagu - Muara Hati

Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hatikan tetap setia

Kupercaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Kuyakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cintakan bawa kembali padamu

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku berujung padamu
Ke manapun kan pasti kembali

Demi cinta dalam hatimu
Kuyakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cintakan bawa kembali...

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta...

Isnin, 1 Oktober 2012

Cepatnya!

Sedar tak sedar kita dah meninggalkan bulan September...kannnn? Begitu cepat masa berlalu tinggalkan kita.
Tak lama lagi akan muncul tahun 2013. Namun hidup perlu diteruskan. Ibadah pula kita galas sebagai satu tanggungjawab yang wajib.

Aku berdoa supaya panjang umur untuk ku bersujud pada Allah, memohon ampun maaf atas kesilapan & kelemahan aku selama ini. Aku alpa & jahil dengan keduniaan. Apa yang aku tahu, aku buat sesuatu mengikut kemahuan hati aku sendiri tanpa hiraukan pendapat orang lain. Aku hidup dalam acuan yang aku rekacipta.

Persoalannya, sampai bila aku nak hidup begini? Aku ingin kembali menjadi hanmba Allah yang baik dan tidak ralat dengan ibadah waima kesibukan tugas melanda aku tak mahu lupakanMu walau sedetik.

Kalau ditakdirkan aku tak bertemu hari esok bagaimana????!

Khamis, 27 September 2012

Dua Kali Standard

Pada suatu petang nan cerah lagi bahagia, aku sangat gembira walaupun sesekali organ dalamanku seolah-olah tak mahu bekerjasama dengan aku.

Ketika aku baru balik dari menghantar claim, aku ditanyakan berkenaan hal kerja aku. Bila aku bagi jawapan 'mereka' seolah-olah tidak menerima jawapan yang saya beri. Bukannya aku tak tahu buat kerja & itulah yang aku lakukan sejak 3 tahun berkhidmat di sini. Namun bila jawapan aku beri dipersoalkan....Satu je yang aku buat...Malas layan...korang buat la sendiri.

Jumaat, 21 September 2012

Cobaan... (bace cam p.Ramlee dalam cite bujang lapok)

Ceritanya berangkai-rangkai...tak tahu dari mana nak mula. Blog dah mula berhabuk... I'm dying to update my blog.

Ok aku rasa aku dah ingat...mulanya aku balik Hari Raya Puasa keadaan time tu okay. Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Hari Raya pun disambut meriah. Namun, balik je ke Selangor kaki aku dah mula membengak.

Setiap malam ia akan semakin membengkak. Aku sapu minyak tiap-tiap malam. bilik aku dah berbau minyak angin. Tapi, kalau aku tak sapuaku akan kekejangan. Bukan kaki je, malah kadang-kadang sampai ke tulang belakang.

Aku pantang daging sejak itu. Aku takut kalau aku makan akan membengkak lagi. Ternyata aku silap. Aku makan apa pun jua kaki ku semakin membengkak.

Tiap-tiap pagi, aku terpaksa menunggu kaki aku surut dulu sebelum pergi keja sebab kalau tak cam mana aku nak tekan pedal minyak kereta...

Akhirnya aku pergi ke panel klinik syarikat. Diorang wat urine test & terus refer aku ke Hospital Putrajaya. Bila aku pergi sana, diorang suruh aku refer Hospital Serdang sebab diorang kata kat HP takda pakar saraf.
Aku pun terfikir apa kena-mengena dengan pakar saraf???

3 hari selepas itu kaki membengkak dengan agak teruk selepas jamuan hari raya kat opis. Yelah, mungkin kerana berdiri lama & banyak berjalan. Keesokannya, aku terus pergi Hospital Serdang. Dengan bersusah payah aku cari parking (parking memang crowded...), aku pun dapat parking yang agak jauh jadi terpaksa berjalan dengan pakai selipar sebab kasut size 10 pun tak muat.

Sampai kat situ aku terus gi Klinik Pakar Perubatan Am. Sampai je kat kaunter adik tu cakap
"Akak ni GL Klinik Swasta, tiap-tiap kali rawatan akak kena bayar RM30"
Aku pun mula pikir, duit minyak nak datang sini pastu bayar kos perubatan lagi, boleh kurus aku hehehe. Aku pun tanya  solution yang paling mudah untuk adik tu. Dia suruh aku refer Klinik Kesihatan Daerah kat tempat aku.

Oleh kerana dah pukul 2, aku pun amik keputusan nak gi check kat Klinik Kesihatan Bukit Changgang esok harinya....

Alkisahnya bermulalah episod hidup aku ulang alik ke Klinik. Mula-mula aku gi check blood pressure....ok...
then, jantung...ok. Dia bagi ubat untuk aku habiskan 5 hari untuk cuci kidney...

5 hari selepas consume ubat, kaki aku masih tak surut jadi aku gi balik Klinik. Sampai sana, kad aku boleh hilang (mmmmm....sabar).

Selepas itu aku diminta jumpa dengan Dr. yang sangat baik...Dia mintak aku wat urine test & dia dapati ada kandungan darah dalam urine. Dia cakap dia akan rawat sebagai urine kotor. Seminggu kemudian aku kena gi wat urine test lagi. Dia pun bagi ubat.

Anyway, minggu depan kenalah aku gi check...

P/S : Doakan agar kesihatan aku pulih & segalanya okay yer ....

Rabu, 12 September 2012

Malasnya hari ini

Bercerita tentang malas ada macam-macam kategori. Malas sebab memang menyampah. Malas kerana buat kerja tak ikhlas. Malas sebab terasa hati dengan somebody. Malas sebab memang terdiri dari golongan pemalas dari azali.

Aku percaya macam mana kita malas nak buat kerja pun, mulut kita mesti doa agar semuanya selamat.

"YA Allah, mintak-mintak la tak hujan petang ni"

Dari itu, semalas bagaimanapun kita, jangan sampai malas mengadap Yang Esa 5 hari sekali. Itu amanah yang diberikan kepada kita. Jangan kita mungkirinya sebagai seorang Islam. Alam serta bumi yang kita pijak ini hanyalah pinjaman dariNya, sekiranya kita tak tunaikan amanah yang Allah beri, kat mana kita nak tinggal?

Aku pernah dengar 1 ayat yang melekat dalam kepala sehingga saat aku taip nota ini:-

"Iblis yang jahat pun Allah makbulkan doanya, inikan kita khalifah yang Allah beri hak istimewa"




Selasa, 11 September 2012

Lalat yang berlegar dalam kepala...

Tiap-tiap kali aku rasa nak update blog terus iade takdak, aku rasa baru semalam aku dapat idea mencurah-curah tu pun time nak tidoq. Adoi wat lawak hari Selasa betui kepala aku nie...

Mungkin ada lalat yang dok berlegar-legar dalam kepala, atau ada semut yang bermain polis santri kot.
Tu pasal laa aku cepat lupa...Bonda...tolong anakanda...

Jumaat, 7 September 2012

Aku 'stalker' sejati

Bangun dari tidur, aku teringat kamu. Saat bekerja aku mengingatimu. Beritahu aku saat mana aku tidak memikirkan tentangmu.Hatta hendak beradu sekalipun namamu sentiasa bermain diingatanku...

Dalam diam aku menyayangimu, aku memujamu. Aku suka melihat rupamu walaupun hanya melalui Facebookmu. Kau tak perlu ungkapkan apa-apa kerana kau tak pernah tahu. Aku sayang padamu walaupun kamu tak tahu. Sesungguhnya aku tak kesah semua itu.

Aku gembira...sangat gembira...walaupun dapat sms 'hi' darimu

Walaupun sekejap cuma kau mengenali aku. Aku tahu di dalam hatimu masih ada ruang untuk aku. Cukuplah aku menjadi sekadar teman buatmu. Kamu insan yang baik, aku tahu itu dari sifat baikmu.

P/S : Aku hanya pesalahmu yang sejati memujamu dari jauh walaukau tak pernah tahu...

Neon Putrajaya...Aku suka...

Aku suka melepak kat Putrajaya waktu malam. Aku dapat rasakan kedamaian di situ. Bilamana aku melihat lampu neon di sekitar Jambatan Wawasan aku dapat rasakan tercerita berjuta kisah di sebalik kerlipan lampu-lampu itu.



Ada kisah bahagia yang ingin dikongsi bersama orang tersayang, ada kenangan indah yang pernah terukir di situ, ada cerita duka seorang ibu atau bapa yang setia menantikan kehadiran anaknya, ada kerinduan seorang teman kepada teman lama.

Hidup ini ada pelbagai kisah indah yang tak perlu diceritakan, ianya didedikasikan khas buat orang yang kita sayang. Aku sedar dan insaf bila aku menuding jari kepada kesilapan orang, aku hanya membuka aib diriku sendiri.

Kehidupan adalah sebuah pilihan. Pilihan di tangan kita untuk menjadi yang terbaik...

P/S : Usah risau andai diri kita dihargai :-)

Selasa, 4 September 2012

Alahai...Dah Bersawang Ke?

Dah lama rasanya aku tak menaip di blog kecil ni...dah berhabuk ke...Hai rindu pulak rasanya (^_^)

Raya tahun ini alhamdulillah. Meriah sangat dengan hilai tawa adik - beradik & saudara mara.Semua happy je. Aku pun happy jugak walaupun lom ada family sendiri hehehe...



Aku terpanggil untuk menaip tatkala melihat surau-surau yang ada di negara kita.

Ketika aku berkunjung ke salah sebuah pusat membeli belah di ibu negara pada bulan Ramadhan yang lalu, aku singgah di surau untuk solat. Keadaan surau di shopping mall daif sangat. Dengan sejadah yang lusuh & telekung-terlekung yang mula bertahi lalat. Jemaah yang telah selesai bersolat tidak meninggalkan ruang solat untuk memberi laluan pada orang lain. Sebilangan kecil pula ada yang ber'make-up' kat atas sejadah jugak.

Tak kurang jugak ada yang tidur di ruangan solat. Aku percaya hanya orang Islam sahaja yang menggunakan surau berkenaan. Di mana sikap memenetingkan kebersihan yang dianjurkan oleh Islam, mana hilang rasa keakraban sesama Islam & bagaimana pula dengan sikap yang mementingkan diri kita sendiri?

Apa yang aku taip ini adalah teguran buat diri aku sendiri & rakan-rakan di luar sana. Sebagai orang Islam, kita perlu jalankan tanggungjawab kita.

P/S : Setiap amalan kita diambilkira, walaupun orang tak nampak tapi Dia Maha Melihat.


Selasa, 14 Ogos 2012

MaAfkAn AkU

Assalamualaikum

Disini Aida ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Aida ingin mohon kemaafan andai ada kekhilafan yang pernah dibuat sepanjang Aida hidup di dalam dunia fana ini.

Diharap agar Hari Raya yang  bakal tiba ini kita raikan sebagai orang baru kerana bulan Ramadhan melatih kita agar menjadi insan yang lebih baik.

 



Selasa, 7 Ogos 2012

ALERT - Berhati-hati

Saya baru menerima email dari seorang sahabat Cik Puan Ros, saya dapati ilmu ini sangat berguna dan perlu disebarkan pada sahabat-sahabat pembaca budiman.

"Sila berjaga-jaga, terutama wanita, dan berhati-hati tambahan dengan kelembapan ekonomi, sesetengah orang menggunakan jenayah untuk memenuhi keperluan.

Mesti Baca: lampu suluh (Stungun) Berhati-hati (kepada semua pemandu)

UNTUK MAKLUMAT ANDA, senjata terbaru yang digunakan oleh perompak.


INI SANGAT PENTING. TIDAK KIRA SESIBUK MANA ANDA, ANDA MESTI LUANGKAN SEKURANG-KURANGNYA 3 MINIT UNTUK MEMBACA INI!