Sahabat Maya

Rabu, 28 Mac 2012

Jiran zaman sekarang...eh?

Pagi ni aku baru keluar rumah tiba-tiba ada 1 kad manila kaler hijau tertulis atasnya perkataan berbaur peringatan... Apa nak jadi dengan jiran zaman sekarang neh? Dah tak boleh cakap mulut ke? Dah tak dak human sense of communication ke? Kalau dia cakap baik-baik, aku boleh terima...Bukannya aku tak biasa ditegur, bukannya aku ni jenis tak makan saman...eh ape daaa....

Nak kata budak-budak, dah tua bangka. Takkan perkara sekecik tu pun orang kena ajaq jugak... Aku kadang-kadang jadi tak paham le pasal jiran-jiran aku ni...Masing-masing buat hal sendiri... Bila nak tegur muncung panjang 14 inci. Aku pun apa lagi, daripada nak beramah mesra terus tak jadi...

P/S : Kesian pada generasi yang dididik oleh beliau....

Jumaat, 23 Mac 2012

Ceria sungguh penghulu segala hari...

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani" - Riwayat Al-Bukhari 
 
 
Indah,gembira & bahagia...itu yang aku rasa sekarang. Tatkala papan kekunci aku tekan di saat ini, senyumku tak pernah mungkir dari bibir ini...Benar, aku bahagia sekali sekarang. Alhamdulillah...Terima kasih Allah kerana memberikan aku rasa bahagia ini.

Selari dengan penghulu segala hari, aku sambut pembukaan hari ini dengan rasa syukur...
Amat...
Sedari pagi tadi hatiku rasa amat lapang...Satu petanda yang baik untuk mulakan hari...Aku sudah bersedia untuk mengorak langkah bagi memulakan satu tugas lama yang telah aku tinggalkan separuh jalan...Bukan kerana lari dari tanggungjawab, tapi sebab sakit yang telah menimpa tanpa ku undang...

Aku terkedu seketika...Ya...benar...telah lama aku lupa cara untuk mengurus hidup aku sendiri...Terabai...Kusut...Masai...itu yang bermain dalam benakku sebelum ini...Kerja ke mana...kehidupan peribadi toksah cakap la...Semua nya lari ke langit & ke laut... Aku pun tak pasti...

Dalam kesesatan yang maha dasyat tu aku temui satu cahaya kecil...Ya Dia...Seorang yang diutuskan oleh Allah bagi mententeramkan hati aku...Dan pada minit ini aku panjatkan syukur pada Allah...Pada Hari Jumaat...Penghulu Segala Hari...

Khamis, 22 Mac 2012

Kenapa buntu yang menghantui minda ini

Telefonku dibelek, butang-butang nombor dimainkan...Fikiranku menerawang pada suara ibuku sebentar tadi. Apakah yang dia harapkan daripadaku..."Fikir elok-elok kak long, fikir masak-masak". Itu ungkapan dia pada aku. Aku masih lagi berangan tatkala deringan telefon bimbitku berbunyi...Argh...aku tak tahu bagaimana untuk berbicara lagi, fikiranku buntu...amat...

Suara dia kedengaran tenang, sekali-sekala aku terdengar dia batuk. Mungkin kerana dek kesejukan penghawa dingin dalam pejabatnya. "Apa yang mak cakap?" itu soalnya. Aku diam...agak lama...Mindaku sedang mengarang kata-kata untuk dilontarkan. Begitu hati-hati... takut ada hati yang terluka...

Aku sayang dia, aku cinta dia... Insan yang berada di hujung talian pada ketika ini, dia itulah insan yang aku sayang...Aku tak sanggup kehilangan dia tapi aku juga harus akur pada dua insan yang menyebabkan aku bernafas di atas dunia ini. Sekali lagi aku menghela nafas yang panjang...

Dia meminta untuk bertemu selepas waktu pejabat...Raut wajahku ditenung agak lama..."Cuba mama cerita satu persatu pada papa, papa tak mahu tengok mama sedih". Itu perkataan pertama yang dituturkan sewaktu berjumpa. Aku melarikan pandangan, sesekali menghirup milo ais yang tersisa.

Sayup kedengaran di kedai welding di sudut lorong yang sederhana besar itu "Jangan pisahkan aku & dia, Tuhan tolonglah ku cinta dia". Air mata aku bergenang, bingung apa yang harus aku ungkapkan...Dia pegang erat jari jemariku "Ma, walau apapun yang terjadi pa takkan tinggalkan ma, kita harus kuat ma, ini semua ujian buat kita, banyakkan berdoa pada Allah...Andai ada jodoh kita, kita akan bersatu juga" Mataku berkaca, air mata yang dibendung tumpah jua di bibir mata... Ya Allah aku sangat bingung pada saat ini...

Khamis, 8 Mac 2012

Malaysia Airlines presenting to you A380

Pic Courtesy

The Airbus A380 is a double-deck, wide-body, four-engine jet airliner manufactured by the European corporation Airbus, a subsidiary of EADS. It is the world's largest passenger airliner and due to its size, many airports have had to expand their facilities to properly accommodate it. Designed to challenge Boeing's monopoly in the large-aircraft market, the A380 made its maiden flight on 27 April 2005 and entered initial commercial service in October 2007 with Singapore Airlines. The aircraft was known as the Airbus A3XX during much of its development, before receiving the A380 designation.

The A380's upper deck extends along the entire length of the fuselage, with a width equivalent to a wide-body aircraft. This allows for an A380-800's cabin with 478 square metres (5,145.1 sq ft) of floor space; 49% more floor space than the next-largest airliner, the Boeing 747-400 with 321 square metres (3,455.2 sq ft), and provides seating for 525 people in a typical three-class configuration or up to 853 people in all-economy class configurations. The A380-800 has a design range of 15,400 kilometres (8,300 nmi; 9,600 mi), sufficient to fly from New York to Hong Kong, and a cruising speed of Mach 0.85 (about 900 km/h or 560 mph at cruising altitude).

As of January 2012 there had been 253 firm orders for the A380, of which 69 have been delivered. The largest order, for 90 aircraft, was from Emirates.

http://en.wikipedia.org/wiki/Airbus_A380

Hujan oh hujan...

Laa ni kan musim hujan...pagi hujan, petang mendung, malam gerimis...Pendek kata dok hujan saja...Cuaca pulak jadi sejuk & lembab... Kawasan-kawasan rendah pun mula la naik ayaq...Termasukla kampungku Kedah...Aduhai...baru plan nak balik kampung alih-alih hujan pulak ayayaya....

Musim-musim hujan ni teringat pulak lagu Uji Rashid & Hail Amir...Jom Layannn dulu...

Aku sudah sedia
Bertemu kekasih hati
Malangnya hujan turun
sungguh lebat sekali

Resahnya ku menunggu
Hatiku rasa kecewa
Apakah telah terjadi
Membuat ku gelisah

Hujan oh hujan lekas berhenti
Hujan oh hujan usah turun lagi
Lama sudah ku nanti

Kini dapat bersua
Hatiku sungguh gembira
Walau pun hujan turun
Bertemu dan bermesra

SBPA dibatalkan...

Alhamdulillah tumpang gumbira buat rakan-rakan serta teman-teman yang berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan...PM dah umumkan
Gaji naik 13% bagi gred 1 - 54 
Cola naik RM50: jadi RM150
SSM kekal
SBPA dibatalkan
Jadi rezeki yang dapat tu, gunalah dengan sebaiknya. Anjakan paradigma itu perlu selaras dengan kenaikan yang diberi agar dapat memberi perkhidmatan yang luar biasa terbaik buat rakyat...
Terima kasih buat PM...

Rasa bangga pun ada...

Pic Courtesy here

Hari ini khamis 08hb Mac 2012, hari yang merangkap lahirnya seorang insan yang amat-amat aku sanjungi serta sayangi. Aku memberi pada tabik hormat pada insan ini yang tak jemu-jemu memberi dokongan, harapan dan sokongan kepada diriku. Insan yang tak penah kenal erti lelah dalam menjadi seorang teman di sisiku samada dalam tawa ataupun duka.

Insan yang sentiasa tabah & sabar ini telah memberikan seluruh hidupnya buat taruhan demi membahagiakan aku. Aku bersyukur kerana diberi kesempatan menyayangimu & mengasihimu. Jasa & baktimu amat berharga. Kasih sayang & cinta insan ini padamu membuatkan aku berasa bahagia walaupun aku berada dalam kegusaran...

Kepada ibuku, selamat Hari Lahir ku ucapkan padamu. Jutaan terima kasih atas segala jasa & pengorbanan yang telah kau berikan padaku secara percuma tanpa meminta sezarah balasan. Akanku kenang & balas jasamu selagi aku termampu kerana tanpamu ibu, siapa aku...

Sayang mak....

Rabu, 7 Mac 2012

Amanah dari Yang Maha Esa

Cuba kita ambil masa seminit untuk kita renung sejenak. Apa yang kita miliki sekarang ini hanyalah pinjaman semata-mata. Cuba pandang muka anak-anak kita, mereka bukan milik kita.  Mereka adalah amanah Allah Yang Maha Esa. Tengok pula pada muka suami / isteri yang kita sayangi, merka juga hak Allah amanah buat kita untuk menjaga sebaik-baiknya...

Ibu bapa dianugerahkan anak-anak, suami dihadiahkan isteri & begitu juga sebaliknya.
Apa yang kita miliki sebenarnya hanyalah pinjaman dari Allah...Andai suatu hari amanah itu diambil kembali, janganlah berasa gundah & gusar... Buat masa ini, lakukan yang terbaik sebagai seorang ayah / ibu / anak / kakak/ abang atau sahabat agar kita takkan merasa ralat andai hadiah itu diambil kembali kerana kita telah melakukan Yang Terbaik...

Biar Benar-Benar Ikhlas...

Terima kasih dari hati

Awak...

Terima kasih dari hati kerana sudi terima kita seadanya...
Kita sayang awak sebab awak seorang yang ambil berat pasal kita
Awak jaga kita, awak tegur kita bila kita buat salah...

Sikap penyayang awak buatkan kita benar-benar jatuh hati...
Biar apa orang nak kata tentang hubungan kita
Kita lagi kenal awak dari orang lain...

Kita sayangkan awak (^_^)

Isnin, 5 Mac 2012

Betul ke dia ada kawan yang hebat?

Pic courtesy here
Semenjak dua ni aku jadi macam tak faham peel manusia ni, pelik-pelik. Ada kawan yang dekatkan diri dengan kita bila ada masalah je, bila dah senang lenang cari kawan lain... Ada pulak yang bila terasa dengan kita terus jauhkan diri. Sekuarang-kurangnya, berterus teranglah sebab DIAM TAKKAN SELESAIKAN MASALAH.

Lagi satu yang aku tak paham lagi, kawan yang ada masalah tapi jenis simpan & pendam sorang-sorang. Boleh jadi stress & silap-silap boleh kena tekanan darah tinggi...Aku tak mintak cerita kat aku pun masalah tu tapi at least you've got to share with someone kannnnn?

Yang penting sekarang, aku tak mau fikir negatif pasal kawan-kawan aku... Diorang semua baik, diorang semua hebat & diorang punya cara tersendiri untuk meneruskan hidup...I harap that everybody will live happily....

I-da paham....