Sahabat Maya

Rabu, 7 Mac 2012

Amanah dari Yang Maha Esa

Cuba kita ambil masa seminit untuk kita renung sejenak. Apa yang kita miliki sekarang ini hanyalah pinjaman semata-mata. Cuba pandang muka anak-anak kita, mereka bukan milik kita.  Mereka adalah amanah Allah Yang Maha Esa. Tengok pula pada muka suami / isteri yang kita sayangi, merka juga hak Allah amanah buat kita untuk menjaga sebaik-baiknya...

Ibu bapa dianugerahkan anak-anak, suami dihadiahkan isteri & begitu juga sebaliknya.
Apa yang kita miliki sebenarnya hanyalah pinjaman dari Allah...Andai suatu hari amanah itu diambil kembali, janganlah berasa gundah & gusar... Buat masa ini, lakukan yang terbaik sebagai seorang ayah / ibu / anak / kakak/ abang atau sahabat agar kita takkan merasa ralat andai hadiah itu diambil kembali kerana kita telah melakukan Yang Terbaik...

Biar Benar-Benar Ikhlas...