Sahabat Maya

Jumaat, 23 Mac 2012

Ceria sungguh penghulu segala hari...

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani" - Riwayat Al-Bukhari 
 
 
Indah,gembira & bahagia...itu yang aku rasa sekarang. Tatkala papan kekunci aku tekan di saat ini, senyumku tak pernah mungkir dari bibir ini...Benar, aku bahagia sekali sekarang. Alhamdulillah...Terima kasih Allah kerana memberikan aku rasa bahagia ini.

Selari dengan penghulu segala hari, aku sambut pembukaan hari ini dengan rasa syukur...
Amat...
Sedari pagi tadi hatiku rasa amat lapang...Satu petanda yang baik untuk mulakan hari...Aku sudah bersedia untuk mengorak langkah bagi memulakan satu tugas lama yang telah aku tinggalkan separuh jalan...Bukan kerana lari dari tanggungjawab, tapi sebab sakit yang telah menimpa tanpa ku undang...

Aku terkedu seketika...Ya...benar...telah lama aku lupa cara untuk mengurus hidup aku sendiri...Terabai...Kusut...Masai...itu yang bermain dalam benakku sebelum ini...Kerja ke mana...kehidupan peribadi toksah cakap la...Semua nya lari ke langit & ke laut... Aku pun tak pasti...

Dalam kesesatan yang maha dasyat tu aku temui satu cahaya kecil...Ya Dia...Seorang yang diutuskan oleh Allah bagi mententeramkan hati aku...Dan pada minit ini aku panjatkan syukur pada Allah...Pada Hari Jumaat...Penghulu Segala Hari...