Sahabat Maya

Rabu, 28 Mac 2012

Jiran zaman sekarang...eh?

Pagi ni aku baru keluar rumah tiba-tiba ada 1 kad manila kaler hijau tertulis atasnya perkataan berbaur peringatan... Apa nak jadi dengan jiran zaman sekarang neh? Dah tak boleh cakap mulut ke? Dah tak dak human sense of communication ke? Kalau dia cakap baik-baik, aku boleh terima...Bukannya aku tak biasa ditegur, bukannya aku ni jenis tak makan saman...eh ape daaa....

Nak kata budak-budak, dah tua bangka. Takkan perkara sekecik tu pun orang kena ajaq jugak... Aku kadang-kadang jadi tak paham le pasal jiran-jiran aku ni...Masing-masing buat hal sendiri... Bila nak tegur muncung panjang 14 inci. Aku pun apa lagi, daripada nak beramah mesra terus tak jadi...

P/S : Kesian pada generasi yang dididik oleh beliau....