Sahabat Maya

Khamis, 22 Mac 2012

Kenapa buntu yang menghantui minda ini

Telefonku dibelek, butang-butang nombor dimainkan...Fikiranku menerawang pada suara ibuku sebentar tadi. Apakah yang dia harapkan daripadaku..."Fikir elok-elok kak long, fikir masak-masak". Itu ungkapan dia pada aku. Aku masih lagi berangan tatkala deringan telefon bimbitku berbunyi...Argh...aku tak tahu bagaimana untuk berbicara lagi, fikiranku buntu...amat...

Suara dia kedengaran tenang, sekali-sekala aku terdengar dia batuk. Mungkin kerana dek kesejukan penghawa dingin dalam pejabatnya. "Apa yang mak cakap?" itu soalnya. Aku diam...agak lama...Mindaku sedang mengarang kata-kata untuk dilontarkan. Begitu hati-hati... takut ada hati yang terluka...

Aku sayang dia, aku cinta dia... Insan yang berada di hujung talian pada ketika ini, dia itulah insan yang aku sayang...Aku tak sanggup kehilangan dia tapi aku juga harus akur pada dua insan yang menyebabkan aku bernafas di atas dunia ini. Sekali lagi aku menghela nafas yang panjang...

Dia meminta untuk bertemu selepas waktu pejabat...Raut wajahku ditenung agak lama..."Cuba mama cerita satu persatu pada papa, papa tak mahu tengok mama sedih". Itu perkataan pertama yang dituturkan sewaktu berjumpa. Aku melarikan pandangan, sesekali menghirup milo ais yang tersisa.

Sayup kedengaran di kedai welding di sudut lorong yang sederhana besar itu "Jangan pisahkan aku & dia, Tuhan tolonglah ku cinta dia". Air mata aku bergenang, bingung apa yang harus aku ungkapkan...Dia pegang erat jari jemariku "Ma, walau apapun yang terjadi pa takkan tinggalkan ma, kita harus kuat ma, ini semua ujian buat kita, banyakkan berdoa pada Allah...Andai ada jodoh kita, kita akan bersatu juga" Mataku berkaca, air mata yang dibendung tumpah jua di bibir mata... Ya Allah aku sangat bingung pada saat ini...