Sahabat Maya

Khamis, 8 Mac 2012

Rasa bangga pun ada...

Pic Courtesy here

Hari ini khamis 08hb Mac 2012, hari yang merangkap lahirnya seorang insan yang amat-amat aku sanjungi serta sayangi. Aku memberi pada tabik hormat pada insan ini yang tak jemu-jemu memberi dokongan, harapan dan sokongan kepada diriku. Insan yang tak penah kenal erti lelah dalam menjadi seorang teman di sisiku samada dalam tawa ataupun duka.

Insan yang sentiasa tabah & sabar ini telah memberikan seluruh hidupnya buat taruhan demi membahagiakan aku. Aku bersyukur kerana diberi kesempatan menyayangimu & mengasihimu. Jasa & baktimu amat berharga. Kasih sayang & cinta insan ini padamu membuatkan aku berasa bahagia walaupun aku berada dalam kegusaran...

Kepada ibuku, selamat Hari Lahir ku ucapkan padamu. Jutaan terima kasih atas segala jasa & pengorbanan yang telah kau berikan padaku secara percuma tanpa meminta sezarah balasan. Akanku kenang & balas jasamu selagi aku termampu kerana tanpamu ibu, siapa aku...

Sayang mak....