Sahabat Maya

Isnin, 28 Mei 2012

Simple ker der?

Semua orang mahukan hidup yang simple...tapi adakah hidup benar-benar simple seperti yang difikirkan? Aku tak fikir ianya semudah itu. Pengorbanan, kisah duka, kisah duka, kisah bahagia, kisah derita semua itu menjadi asam garam, rencah sebuah kehidupan.

Tak dapat tidak, kita terpaksa lalui sukatan mata pelajaran dalam sekolah hidup.
Bab demi bab, helaian demi helaian kita tempuh namun kita tetap bernafas meredah segala kesukaran, menempuh segala tujuan. Menggenggam tekad & azam. Setiap orang punyai cita-cita, dan punya impian hidup.

Itulah yang kita harap dapat capai sebelum kita mengadap Tuhan Yang Satu.

Hidup umpama mengupas kulit bawang, kita kupas satu persatu & sesekali kita akan mengesat air mata. 

Wayang Hari Ini - Hoore Hoore

 Filem Hoore Hoore mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal tinggal bersama mereka.







 

Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.

Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Idola yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu.

Pendapat aku pasal filem ini, memang bagus sebab aku suka jalan cerita dia dalam kelakar dan sedih terselit pengajaran. Filem Teong Saw Hin ini berjaya membuatkan para penonton ketawa, marah & sedih seperti mereka juga berada dalam filem tersebut. Garapan lagu-lagu Allahyarham Sudirman juga berjaya menarik penonton untuk sama-sama menyanyi di dalam panggung.

Bintang yang boleh aku bagi : 

Rabu, 23 Mei 2012

Kerana sang kekasih

Berita yang aku dengar semalam sangat mengejutkan aku. Bagaimana seorang perempuan boleh meninggalkan suami & anaknya semata-mata mahu mengikut kekasih hatinya.


Dunia apakah yang aku huni. Kenapa semuanya dah tak terurus lagi. Bagaimana nasib si bayi & suami.  Bukankah tempat isteri di sisi suami...tempat letaknya syurga yang di cari.

Wahai wanita, usahlah engkau terlalu mengikut hati yang berkata-kata. Adakalanya hati itu tersalah mentafsir rasa sehingga membawa padah & celaka.

Aku hanya mampu menadah tangan & berdoa. Semoga wanita itu beroleh hidayah serta kembali ke pangkuan keluarga. Amanah Allah itu yang utama, jangan cuba mencari bahaya kerana natijahnya mengundang bencana.




Selasa, 22 Mei 2012

SKJ itu sekolahku

Cakap banyak tak mo... Jom layan gambaq...

Tempat main polis santri dengan zero point

Kawasan perhimpunan tiap-tiap ari ahad

Front gate (dah cantik dah)

Ni la kelas 5 Cemerlang dulu

Tempat main aci sembunyi

Kawasan bilik guru

Bilik Kaunseling

Kelas Pemulihan

Library

Surau

Kelas aku lagi

Building baru

Building yang old skool

Jalan nak pi kedai belakang sekolah

PPD

Laman cari ilham

Tempat lepak sementara tunggu kelas tambahan

Kantin yang sangat best

Depan bilik guru

Depan sekolahku

Sungguh aku rindu saat itu

Seketika itu aku teringat memori indah kita. Semuanya indah belaka. Kadang duka kadang suka. Bersilih ganti dalam daftar hidup kita. Aku gembira kau ada bersama. Bukankah kita pernah berjanji akan setia.
Kau sahabat yang hebat. Tak pernah kenal erti jemu & penat beri aku nasihat. Beri aku semangat tatkala otak aku dah sendat.


Kini masa bertukar ganti,kau jua punyai hidup sendiri. Haluan kita juga telah jauh berlari...kau pergi jauh meninggalkan diri ini.

Ketahuilah sesungguhnya aku rindu saat kita bersama dulu, saat kita bertukar pandangan di mukabuku, saat kita berdebat dan bertukar ilmu. Aku harap kau juga begitu. Masih merindu memori kita dulu...

Nota kaki : Kita masih merenung bulan yang sama

Jumaat, 18 Mei 2012

Kenapa dengan aku nie?

Penyakit yang aku alami semakin hari semakin parah...Aku tak boleh duduk bersendiran. Sering sahaja merasakan rendah diri, tak bersemangat dan tak ada keyakinan terhadap diri... Kenapa dengan aku nie?

Ingin sahaja aku menjerit, aku tidak memilih hidup seperti ini. Kepalaku semakin hari semakin berat & serabut. Kadangkala seperi nafasku tidak cukup panjang untuk aku teruskan hidup.

Walaupun aku baru sahaja selesai menjalani rawatan namun aku belum mampu untuk menghadap dunia...berdepan dengan orang ramai...

Ya Allah, aku mohon padaMu panjangkan umurku agar aku boleh berjasa kepada ibuku, abahku, adik-adikku, orang-orang di sekelilingku...Sesungguhnya inilah harapan & doaku...Amin.

Khamis, 3 Mei 2012

Barut cara moden

Kalau sebut je pasal barut, mesti kita terbayangkan barut tradisional yang panjang berjela-jela, pastu kena lilit berpuluh-puluh kali...Hmm...leceh kan...

Tapi sekarang dah tak perlu lagi...Nak tahu kenapa? Haaa...nak cerita la ni... Rapat sikit... Sekarang ni dah ada Premium Beautiful (PB);barut moden yang tak payah ada tali banyak-banyak nak lilit-lilit bak tudung Yuna...Semudah ABC terus boleh pakai...tak payah nak minta tolong mak, mak cik atau mak bidan pakaikan... Sangat mudah & amat berkesan...

Meh sini...nak story mory pasai kelebihan PB yang saya panggil barut moden ni:-

1. Sebab ada FIR - Menatang apa pulak FIR tu??? Far Infrared Rays ataupun dikenali sebagai Sinar
   Inframerah Jauh. Selalunya ada pada sinar matahari pagi yang orang dolu-dolu kata baik untuk kesihatan...
   Dan sains membuktikan memang betul. FIR ni boleh seimbangkan suhu badan jadi sesuai sangat la untuk
   orang yang berpantang time bersalin. Yang tak bersalin lagi la baguih....

2. Teknik jahitan stereoscopic 3D yang membolehkan lemak-lemak kat badan kita pi kat tempat yang betul... Sebagai contoh kan...amaran kes ni tak berlaku dalm Malaysia ek  tapi kat luar...kita boleh tengok, sesetengah wanita yang payudaranya labuh sampai boleh dibaling ke belakang....hmmmmm ini realiti ye kawan-kawan....

3.Lace Cup yang lembut...sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi sebab senanggggg sangat nak buka...Lagi pun cup yang berbentuk piramid menyebabkan puting tak terpenyet & memberi ruang udara agar puting sentiasa segar & ada kes yang puting kembali bertukar ke warna pink...hebaaattt kan?

Ekceli, banyak lagi kelebihan dia yang aku rasa kalau di listkan mmg jadi ceramah PB nnt. Untuk penerangan & percubaan secara percuma bolehlah hubungi:-

 017-3586838 (Farida) @ email pieces_2002@yahoo.com