Sahabat Maya

Jumaat, 18 Mei 2012

Kenapa dengan aku nie?

Penyakit yang aku alami semakin hari semakin parah...Aku tak boleh duduk bersendiran. Sering sahaja merasakan rendah diri, tak bersemangat dan tak ada keyakinan terhadap diri... Kenapa dengan aku nie?

Ingin sahaja aku menjerit, aku tidak memilih hidup seperti ini. Kepalaku semakin hari semakin berat & serabut. Kadangkala seperi nafasku tidak cukup panjang untuk aku teruskan hidup.

Walaupun aku baru sahaja selesai menjalani rawatan namun aku belum mampu untuk menghadap dunia...berdepan dengan orang ramai...

Ya Allah, aku mohon padaMu panjangkan umurku agar aku boleh berjasa kepada ibuku, abahku, adik-adikku, orang-orang di sekelilingku...Sesungguhnya inilah harapan & doaku...Amin.