Sahabat Maya

Rabu, 23 Mei 2012

Kerana sang kekasih

Berita yang aku dengar semalam sangat mengejutkan aku. Bagaimana seorang perempuan boleh meninggalkan suami & anaknya semata-mata mahu mengikut kekasih hatinya.


Dunia apakah yang aku huni. Kenapa semuanya dah tak terurus lagi. Bagaimana nasib si bayi & suami.  Bukankah tempat isteri di sisi suami...tempat letaknya syurga yang di cari.

Wahai wanita, usahlah engkau terlalu mengikut hati yang berkata-kata. Adakalanya hati itu tersalah mentafsir rasa sehingga membawa padah & celaka.

Aku hanya mampu menadah tangan & berdoa. Semoga wanita itu beroleh hidayah serta kembali ke pangkuan keluarga. Amanah Allah itu yang utama, jangan cuba mencari bahaya kerana natijahnya mengundang bencana.