Sahabat Maya

Isnin, 28 Mei 2012

Simple ker der?

Semua orang mahukan hidup yang simple...tapi adakah hidup benar-benar simple seperti yang difikirkan? Aku tak fikir ianya semudah itu. Pengorbanan, kisah duka, kisah duka, kisah bahagia, kisah derita semua itu menjadi asam garam, rencah sebuah kehidupan.

Tak dapat tidak, kita terpaksa lalui sukatan mata pelajaran dalam sekolah hidup.
Bab demi bab, helaian demi helaian kita tempuh namun kita tetap bernafas meredah segala kesukaran, menempuh segala tujuan. Menggenggam tekad & azam. Setiap orang punyai cita-cita, dan punya impian hidup.

Itulah yang kita harap dapat capai sebelum kita mengadap Tuhan Yang Satu.

Hidup umpama mengupas kulit bawang, kita kupas satu persatu & sesekali kita akan mengesat air mata.