Sahabat Maya

Sabtu, 30 Jun 2012

Aku lepaskan kamu kerna terlalu mencintai



Kita telah melewati sebuah edaran masa yang bernama bahagia. Aku dan kamu saling mengerti walaupun kita jarang bersua. Bicara dengan cara tersendiri walaupun tiada orang ketahui. Namun kita tetap mengenali perihal masing-masing empunya diri.

Source


Darjat kita amat berbeza...aku pipit &kamu enggang, sudah tentunya kita ditakdirkan berenggang.
Akan tetapi aku cuba melawan arus sehingga aku sendiri lemas dan tak terurus.

Aku gelarkan kamu Ghost Rider walaupun pada ketika itu kamu cuma berkereta Mazda.
Kamu pendiam namun banyak berahsia. Menyimpan rindu yang amat mendalam dalam jiwa.
Temanmu cuma dia si kecil molek yang kamu anggap sebagai adik. Dialah yang mengurus hidupmu ketika kau sedang bergelut dengan dunia kerjaya. Walaupun kala itu kamu berdepan dalam kerinduan pada kedua permata hatimu.

Aku hanya dapat menatap kamu... bintang yang jauh dan aku berimpian memiliki bintang itu. Impian yang selama ini aku sulam menjadi tenunan yang indah. Terpaksa aku  lepaskan.
Aku sedar kita tidak sekufu & sekasta. Haluan hidup kita telalu berbeza. Aku miskin & kamu kaya.

Aku lepaskan kamu bukan kerana membenci. Tetapi aku terlalu mencintai. Sesaat pun fikiranku tak pernah lupa akan dirimu. Dan sekiranya kamu membaca warkah kerdil ini kamu akan tahu. Bahawa di satu sudut kecil hatiku. Kamu tersimpan sebagai satu saga cinta yang tak pernah tercerita.


Ku pandang diatas awan...
Ku lihat bintang melambai.....
Ku hulur tangan menggapai..... Tetapi tiada sampai.....
Ku tahu bintang menunggu.. namun apalah dayaku....
Ku hanya mampu meratap.....
Di dalam ratapan... sayu.........

Bintang kau jangan bersedih...
Bintang jangan kau menangis....
Tiada mampu ku ke sana walau telah direncana....
Bintang kau tinggi di atas....
Ku duduk rendah di bawah......
Hidup mu berteman bulan... bukan insan kekurangan......

Bintang jangan... kau terus begini.......
Nanti malam mu... tiada berseri......
Kita akan tetap.... bersama... untuk selamanya.......
Cuma..... lain suasana..........

Bintang.. hentikanlah...
Tangisan yang.. akan menyiksa diriku....
Bintang.. dengarkanlah.....
Ada satu... pesan terakhir dariku....
Bintang... kau pergilah.....
Kerna itulah yang terbaik untukmu.......









Jumaat, 29 Jun 2012

Kanser serviks membunuh seorang wanita setiap dua minit

ACAPKALI kita dengar dan baca mengenai kanser serviks. Ia antara penyakit yang digeruni wanita dan merupakan kanser ketiga paling kerap dalam kalangan wanita di Malaysia.



Di seluruh dunia, setiap dua minit seorang wanita meninggal dunia akibat kanser serviks.
Asia mencatatkan 312,900 kes baharu dan separuh daripada jumlah tersebut iaitu 159,800 melibatkan kematian.

Sungguhpun data-data tersebut cukup menggambarkan betapa ‘garangnya’ penangan kanser serviks yang disebabkan oleh virus papiloma manusia (HPV), masih ramai wanita tidak ambil pusing.

“Penyakit ini jarang sekali menunjukkan simptom-simptomnya pada peringkat awal kanser serviks. Namun, apabila kanser ini semakin berkembang, ia mula menunjukkan simptom-simptom seperti sakit belakang badan, sakit ketika melakukan hubungan seks, sakit ketika membuang air kecil, pendarahan selepas menopaus dan pendarahan atau pengeluaran cecair abnormal pada vagina,” kata Ketua Perubatan Pusat Pengesanan Kanser Wanita, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM), Dr. Dalilah Kamaruddin.

Pemeriksaan berkala
Sungguhpun begitu katanya, seseorang wanita itu tidak perlu menunggu sehingga tercetusnya simptom-simptom tersebut untuk berjumpa dengan doktor kerana mereka seharusnya menjalani pemeriksaan pap smear secara berkala.

Menurut Dalilah, seseorang wanita itu terdedah kepada jangkitan HPV sebaik sahaja aktiviti seks mereka bermula.

Ia mengambil masa dua dekad untuk kanser serviks menular selepas seseorang mendapat jangkitan HPV.
Insiden kanser serviks mula meningkat selepas seseorang berumur 30 tahun dan mencapai klimaks penyakit tersebut pada umur 65 hingga 69 tahun.

“Serviks yang sihat bersifat licin dan permukaannya berkilat, tetapi serviks yang mempunyai kanser sebaliknya.

“Hampir 99.7 peratus kanser serviks disebabkan oleh sekumpulan virus iaitu HPV. Terdapat lebih 100 jenis virus HPV yang telah direkodkan,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen Power Over Cervical Cancer (POCC), BFFs Break the Silence baru-baru ini.

Jelasnya, HPV 16 dan HPV 18 merupakan HPV paling bahaya dan berisiko tinggi menyebabkan majoriti kes kanser serviks iaitu kira-kira 70 peratus.

Terdapat lima jenis HPV paling lazim yang menyebabkan kanser serviks di seluruh dunia iaitu HPV 16, HPV 18, HPV 45, HPV 31 dan HPV 33.

Sungguhpun begitu, wanita sahaja berisiko menghidap kanser yang berpunca daripada HPV. Kira-kira 94 peratus HPV berkaitan kanser berlaku dalam kalangan wanita manakala 6 peratus berlaku pada lelaki.



“HPV dipindahkan atau dijangkiti melalui dua cara iaitu laluan seks dan bukan laluan seks.
“Walaupun jangkitan HPV berkaitan dengan aktiviti seksual ia juga boleh berlaku tanpa sentuhan seksual,” katanya.

Jangkitan boleh berlaku daripada ibu kepada anaknya, melalui sarung tangan pembedahan, pakaian dalam yang tidak bersih dan forseps biopsi.Sebanyak 80 peratus wanita akan mendapat jangkitan HPV sepanjang hayat mereka.

Vaksinasi

“Setiap wanita yang aktif melakukan hubungan seks berisiko memperoleh jangkitan HPV onkogenik yang boleh menyebabkan kanser serviks.

“Faktor lain yang berkaitan dengan jangkitan HPV ialah merokok, bertukar-tukar pasangan seksual dan sistem imunisasi yang lemah,” ujarnya.

Sungguhpun ia boleh menyebabkan kematian, kanser serviks merupakan kanser yang boleh dicegah pada peringkat awal melalui vaksinasi dan pemeriksaan pap smear berkala.

Vaksinasi diberi sebelum jangkitan HPV berlaku. Ia meningkatkan tahap antibodi bagi menyerang virus tersebut.

Pemeriksaan pap smear pula mampu mengesan perubahan atau keabnormalan yang berlaku pada serviks. Pengesanan awal membolehkan rawatan awal diberikan segera.

“Pap smear tidak boleh mencegah seseorang itu daripada mendapat jangkitan HPV, namun ia boleh mengesan perubahan pada serviks supaya rawatan awal dapat diberikan.

“Risiko kanser serviks menjadi tiga hingga 10 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan wanita yang tidak melakukan pemeriksaan pap smear secara berkala,” katanya.

Jadi, sudahkah anda mengambil langkah pencegahan yang diperlukan? Jalani pemeriksaan pap smear berkala bagi mengelakkan anda dijangkiti kanser serviks.

Sumber : Kosmo

Susah giler???

Aku tahu kebanyakan blog dah siar soalan ini...tapi aku suka soalan yang tricky.
Jadi aku letak soalan ni dalam blog.

Source

 Soalan ni merupakan soalan yang dikeluarkan oleh Albert Einstein sebelum dia meninggal pada abad yang lalu, dia menyatakan seramai 98% orang di dalam dunia ni tak dapat jawab soalan ni..hanya 2% sahaja orang yang dapat jawab? jadi adakah korang termasuk dalam 2% tu? cuba jawab soalan ni..jawab dengan jujur dan jangan gunakan sebarang alternatif yang lain!

Ini merupakan soalan tersebut :-

~ Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
~ Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.
~ Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
~ setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
~ Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.

SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??

 

Antara petunjuk yang di beri :

1. Orang Inggeris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
2. Orang Sweden memelihara anjing.
3. Orang Denmark suka minum teh.
4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
14. Orang Jerman merokok Rothmans.
15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.

Ok, sekarang anda dah dapat soalan berserta petunjuk tersebut, jadi

SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ?

Sila gunakan minda anda (wink...wink)

Matawang Malaysia Baru....Duit Baru

Malaysia mencatat sejarah baru lagi pada Julai nanti apabila mengeluarkan duit kertas baru pada 16 Julai nanti.

Bank Negara juga memperkenal kembali matawang RM20 bagi mengecilkan jarang matawang RM10 & RM50.

Jadi, raya nanti pastinya akan lebih meriah dengan baju baru, tudung baru, kasut baru dan pastinya duit baru (^_^)






Source of the pic : Google.com.my

Selasa, 26 Jun 2012

Motivasi Hari Ini - Mahu dan Mampu

Apabila kita berkehendak ke arah atau ke atas sesuatu kita akan berusaha ke arah itu... Akan tetapi bila tiba halangan-halangan di tengah jalan, adakah kita kuat untuk mengatasi  cubaan tersebut.

Source


3 perkara berkait rapat apabila kita sebut tentang impian; ingin, mahu & mampu. Apabila kita inginkan sesuatu, ia akan membuat kita rasa rasa mahu & seterusnya membuat kita berusaha supaya mampu memiliki impian tersebut.

"Bukan tak mahu, tapi tak mampu"

Aku banyak mendengar kata-kata seperti itu acap kali. Sebenarnya usaha bergantung atas diri sendiri. Allah berfirman "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu mengubah nasibnya sendiri"

Nah...jelas bukan ayat itu. Kalau kita tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Jika tak berusaha, macam mana nak tuai hasilnya.

Hidup kita bukan angan-angan Mat Jenin, nak sesuatu terus dapat. Kalau kita nak berjaya dalam peperiksaan pun kita kena berusaha baca buku, ulangkaji, fahamkan apa yang diajar. Takkan tak buat apa-apa...boleh dapat keputusan yang cemerlang... Selepas dah puas berusaha baru berdoa kepada Allah. Barulah betul caranya...

Aku berpendapat, kita sendiri yang meletakkan tembok halangan bagi diri kita untuk berjaya. Di sebalik setiap sejarah kejayaan manusia, terdapat banyak halangan dan dugaan yang MESTI ditempuh dahulu sebelum beroleh kemenangan. Jadi andai mahu berubah, biar benar-benar MAHU dan ia akan mencetus MAMPU.

Nota aku : Hidup adalah satu perjuangan yang tak pernah ada garis penamat kecuali ajal yang memisahkan.



Jumaat, 22 Jun 2012

Bil Elektrik 1 Juta???

Kalau aku kena charge bil letrik satu juta dah naik sawan dah...

Di Texas, seorang wanita, Kristin Harriger telah mendapati bahawa bil elektrik beliau bernilai 1.3 Juta.  Pada mulanya dia ingat bil itu satu gurauan. Tetapi bila dia check balik dengan syarikat elektrik kat sana rupa-rupanya kesilapan dalam sistem.

Sepatutnya, caj elektrik 9 sen per kilo-watt hour tetapi beliau dicaj $1000 per kilo watt hour.

Fening...fening


Source : http://news.yahoo.com/blogs/sideshow/texas-woman-hit-1-3-million-electric-bill-165517099.html

Suatu zaman dahulu...

Terasa baru semalam aku mendengar cerita-cerita putera-puteri dipenuhi dengan magis. Dunia khayalan itu membuat aku terbuai-buai oleh perasaanku sendiri....Aku pejamkan mata & dibawa merentasi seluruh pelosok dunia dengan cerita dari pelbagai latar belakang dan negara....

"Pada suatu zaman dahulu.........." (Once upon a time)

"Dan akhirnya mereka hidup bahagia bersama-sama selamanya..." (And they live happily ever after).

Source

Kedengaran menarik...Tatkala itu terbayang, bilakan aku bisa melalui alam dewasa? Tak sabar rasanya ingin menjadi besar.

Kelmarin baru aku tersedar, semua itu hanya mimpi indah semalam. Aku kini berusia lewat 20-an, masih meniti hari sebagai seorang insan yang tersedar hidup kita bukanlah seperti cerita dalam khayalan. Hidup ini satu realiti dan bukan satu kisah dongeng.

P/S : Bak kata saiful apek "Hidup ini bukan seperti filem Hindustan, tetapi seperti filem Melayu (macam-macam ada).

Rabu, 20 Jun 2012

8 Jam Yang Penuh Aksi & Emosi

Cerita ini mengisahkan seorang anak yatim piatu yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam sabagai Alang Budiman. Kehidupan dia yang susah membuatkan hidupnya terumbang ambing sehingga dia terpaksa melakukan apa sahaja untuk terus hidup, namun muncul peristiwa yang malang dalam hidup nya apabila dia dijatuhkan hukuman gantung sehingga mati kerana atas dakwaan membunuh.

Filem ini bakal beraksi di pawagam pada  5 Julai nanti. Filem ini juga dilakonkan oleh Yana Samsudin, pelakon feveret saya. Tak sabar rasanya nak tunggu filem ini keluar & nak serbu pawagam. So cekedaut....





And OMG how I love this pic

Source





Kita akan mula menghargai bila bahagia telah berlalu pergi

Kak chik mulakan bicara petang itu dengan penuh emosi..."Kenapa kita mula menangis bila seseorang itu dah pergi?" Sesekali bayu petang mula menghembus perlahan. Tingkap yang tertutup tadi sedikit terkuak.

Aku mula bersuara " Manusia kak chik, memang macam tu. Bila benda yang ada depan mata, tak pernah bersyukur. Tapi bila dah hilang, mulalah nak rindu...Semua itu fitrah" 

Kipas lama yang berpusing mula berkeriut. Air teh ais yang mak buat aku teguk...Sejuk tekak, amaaat. Terasa terubatnya tekak dek belaian teh ais buatan mak tersayang.Angin petang ini sejuk sekali. Nyaman.


"Aku bukan tak sayang dia kak long, tapi perangai dia kadang-kadang buat aku tak tahan la. Kadang-kadang kongkong, kadang-kadang buat macam aku ni tak wujud" Kak Chik diam sedari tadi mula bersuara kembali.


"Kita akan mula menghargai bila bahagia yang kita rasa telah pergi" Laju sahaja ayat itu terungkap dari bibirku.


"Ya, kita rasa rimas bila orang tersayang kongkong kita, tapi kita juga rasa tak betah bila orang   itu  buat macam kita tak wujud dalam dunia. Hakikatnya, kita tanya hati kecil, apa yang kita mahu sebenarnya? Kenapa bila dia di sisi kita tak hargai, namun bila dia tiada lagi kita mula menangisi?"

Kak chik bingkas bangun memeluk aku...Petang itu ku rasakan sayu & tangisannya mengungkap segalanya.




Isnin, 18 Jun 2012

Cinta Sejati Langit dan Laut

Dahulukala, langit & laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut pada langit, warna laut sama dengan warna langit. Dan oleh sebab sukanya langit terhadap laut, warna langit sama dengan warna laut...

Setiap senja datang si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata Aku Cinta Padamu ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta daripada laut, langit tidak berbicara apa-apa cuma tersipu-sipu malu lalu tampaklah wajahnya menjadi kemerah-merahan...

Suatu hari awan datang...

Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu jatuh cinta terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut kerana saban hari langit hanya melihat laut. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara & akhirnya mendapat akal.

Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah langit & laut, menghalangi pandangan antara langit & laut terhadap satu sama lain.Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombang laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sahaja tidak berhasil.

Lalu datanglah angin, yang sejak dahulu lagi mengetahui hubungan laut & langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu. Dengan tiupan yang keras & kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga dia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas; tidak berupaya lagi mengungkap perasaan terhadap langit. Kerana berasa terseksa dengan cintanya yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit & laut tidak terpisahkan. Kita juga bisa melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara langit & laut, di situlah mereka
sedang berpacaran.

Jumaat, 15 Jun 2012

Yang Datang dan Yang Pergi

Yang datang atas nama kelahiran
Disambut rasa syukur
Punya nama, punya ibu, punya bapa
Juga punya saudara terdekat
Dan teman-teman saling memberi hadiah & tahniah



Yang pergi adalah kedukaan
Meninggalkan nama, saudar-mara, isteri, suami dan anak-anak
Sahabat terdekat
Lalu yang datang  adalah simpati

Begitu yang pergi adalah daun-daun hari
Yang datang adalah kuntum-kuntum revolusi
Kalah dan menang silih berganti
Meski perang berkali-kali
Kelahiran masih mengisi daftar kehidupan ini

Sesungguhnya rumah hidup sering dikunjungi tetamu
Yang datang membangun dunia mimpi
Yang pergi meninggalkan dunia realiti

Sajak ini hasil karya S.I.N.I.S (09/06/2009).

Khamis, 14 Jun 2012

Bergembiralah walaupun dalam hatimu berduka

 Hidup perlu diteruskan, pelajaran jangan biarkan separuh jalan & cinta perlukan keikhlasan serta pengorbanan.Di sebalik helaian kehidupan yang kita selak dan buka satu persatu, kita akan temui pelbagai kisah suka, kisah duka. Kisah aku, kisah engkau, kisah mereka & kisah kita.

Chapter demi chapter kita tempuh. Tak kisahlah walau orang sebut "dalam hati kau ada taman larangan la" atau "kau ini takdak perasaan ke?" Di sebalik bait-bait ayat itu, hanya kita yang mengerti kisah diri. Cerita diri sendiri cuma kita yang mengenali. Orang lain tidak ketahui. Melainkan kita beritahu sendiri. Selebihnya kita berserah pada Ilahi.

Tak kira betapa susah kita menanggung derita. Tak kira berapa banyak deraian air mata. Teruskan kehidupan dengan senyuman. Kerana di sebalik kisah derita terselit juga muka surat yang bernama bahagia.

Kita berkongsi langit yang sama namun bumi yang kita pijak adalah berbeza.

Isnin, 11 Jun 2012

OMG aku teruja sangat neh...


Wow....rasa teruja gile bila tengok blog pemimpin kesayangan aku iaitu Kak Jue. Beliau bukan sahaja pemimpin yang digeruni lawan malah disegani kawan. Dengan berkat canaian tangan beliau maka terhasillah pemimpin-pemimpin hebat dalam Orange Mania Group (OMG) Stokis B32.

Idola yang baik, idola yang hebat. Seorang pemimpin yang sanggup turun padang untuk membimbing rakan kongsi supaya berjaya seperti beliau. Kalau dah macam tu sifat pemimpin, confiiiiiirmmmmm....rakan kongsi mesti nak ikut rapat dan copy sifat pemimpin yang begitu humble.

Sekalung penghargaan kepada insan-insan yang banyak memberi kata semangat dan dorongan untuk rakan kongsi supaya berjaya. Juga sanggup memberi tunjuk ajar dan kongsi pengalaman mereka bagaimana mereka boleh berada hingga ke tahap ini. Kiranya sangat-sangat bersyukur kerana berada di dalam group stokis B32 dan berada di dalam kumpulan yang cukup-cukup hebat! Memang tak salahlah saya di letakkan di bawah kumpulan ini.Jodoh memang dah kena...


Ucapan terima kasih kepada:-


CDM CHAN & MADAM LAM
CDM SITI ROHANA & CDM AZLAN
CDM JULIANA & CDM ABU HASSAN SHAUKI
and special thankz to...
CDM KAK MAZNI & DDM KAK JA


Terus-terang saya katakan, sepanjang penglibatan saya dalam bisnes, belum pernah saya jumpa lagi insan sebaik meraka seumur hidup. Mentor kesayangan ramai. Meraka membimbing serta memberi ilmu pada orang baru seperti saya secara PERCUMA. Tak perlu duit ringgit untuk belajar wat bisnes.

Untuk golongan amatur dalam bisnes (sayalah tue...), saya bersyukur sangat kerana dapat personal coaching one to one bagaimana nak jual baju dalam Premium Beautiful dengan cara yang sangaaaaaat mudah.Kita takkan tahu tentang sesuatu perkara melainkan kita ambil tahu perkara itu. Tetapi, seandainya kita bersifat macam dah tahu, sedangkan kita tak tahu selama-lamanya kita akan jadi jumud.

Jadi, ambil tahu dengan bertindak. Tak rugi, kalau bertindak untuk ambil tahu. Lebih rugi kalau tengok sahaja apa yang berlaku sedangkan rezeki kita semakin berlalu.


Come & join us....

Act now. Call 017-358 6838 (Faridah).

Jumaat, 8 Jun 2012

Retro - Kartun 90-an

Dalam keheningan petang yang tak berapa ada angin ni...Teringat pulak aku kenangan dulu-dulu.

Petang-petang ni suka tengok cerita Moero Attack dari Jepun. Kisah seorang remaja bernama Chun yang berusaha meneruskan cita-cita ibunya sebagai spiker untuk bola tampar.Aku sanggup balik mengaji awal-awal semata-mata nak tengok cerita ni. Lepas tengok tv, terus pi main bola tampar sambil berangan nak jadi macam Chun...hahaha (kelasssss gitu)

Moero Attack




Ada juga cerita Space Cop Gaban. Tapi aku panggil Gaban jer. Cerita dia  takda la best sangat tapi aku suka uniform & lagu tema cerita tu. Memang ingat sampai sekarang...

Gaban

Tak cukup dengan Gaban, pastu datang pulak cerita Suria Perkasa Hitam a.k.a Kesatria Baja Hitam. Cerita ni telah ditukarkan kepada versi Inggeris iaitu Masked Rider, Dia punya motor macam mentadak la. Siap ada mata yang warna merah...(I likeeeeeee)


Kesatria Baja Hitam

Cerita yang paling mendapat tempat pertama dalam carta aku time dolu-dolu adalah Mighty Morphin Power Rangers.Dibintangi oleh Austin St John sebagai Jason Lee Scott - Red Ranger, Amy Jo Johnson sebagai Kimberly Ann Hart - Pink Ranger, Walter Jones sebagai Zack Taylor - Black Ranger,  
Thuy Trang sebagai Trini Kwan - Yellow Ranger dan David Yost sebagai Billy Cranston - Blue Ranger. Lepas tu watak baru masuk iaitu  Jason Frank sebagai Tommy - Green / White Ranger. Ketua mereka bernama Zordon & ada robot pembantu Alpha 5. Meraka menjadi pelindung Bumi terhadap kumpulan jahat melarikan diri daripada Rita Repulsa. Setiap episod mingguan. terdapat cubaan Rita Repulsa bersama-sama dengan bala tenteranya Goldar, Baboo, Squatt, Finster, Scorpina untuk menentang Power Rangers.


Mighty Morphin Power Rangers


Lepas tu ada cerita Miss Comet. Cerita yang berkisar seorang budak perempuan denga tongkat saktinya datang dari kayangan untuk tolong orang kat bumi. Dalam masa yang sama, tiap-tiap malam, dia kan bercakap dengan bintang iaitu mak dia sekiranya dia alami apa-apa masalah.

Miss Comet

Kalau korang sezaman dengan aku pun, banyak lagi cerita-cerita menarik time tu. Kita layan dulu...

Jem & The Holograms
Oshin  
Thundercats




Khamis, 7 Jun 2012

Engkau yang bernama rindu

Aku terasa rindu
Rindu pada wajah itu
Rindu pada gelak tawa itu
Rindu pada pergaduhan itu
Rindu pada perpisahan itu

Dengan  tiba-tiba
Dengan tak semena-mena
Aku ingat pada mereka
Mereka yang aku gelar ibu & bapa

Aku tinggalkan mereka di kampung halaman sana
Aku berhijrah ke ibu kota
Dengan niat untuk mengubah nasib keluarga
Aku akan membela nasib keduanya
Agar mereka tidak kenal erti sengsara

Ku bulatkan tekad & semangat
Walaupun kadangkala aku sendiri tak kuat
Akanku berjuang selagi azam tersemat
Demi keluarga, demi ayah bonda akanku buat 


Rabu, 6 Jun 2012

Kisah aku, kamu dan dia

Kisah kita kisah purba, cerita zaman dahulu kala. Persahabatan kita berkurun lama.
Namun cinta kita sehari cuma. Aku & kamu sehati sejiwa. Kamu Hang Tuah & aku Tun Teja.
Barangkali kita tak dijodohkan bersama. Sehingga terlerai sumpah setia.



Kamu telah punyai suri di hati. Yang telah bergelar isteri.Kasih sayang kamu & dia telah termeterai. Sehingga lahirnya dua puteri. Aku sedar bahwa aku cuma menumpang kasih di sudut hati. Lalu aku membawa diri.

Aku membawa kemudi hidupku mengikut haluan sendiri. Alhamdulillah Allah temukan aku dengan kekasih hati. Dia menjaga aku lebih dari nyawa sendiri. Walaupun mendapat tentangan dari orang sekeliling aku tak peduli. Restu telah ibu bapa ku beri. Apa nak kesah orang bercakap kanan & kiri.

Kisah aku & kamu berakhir sejak dahulu lagi. Apabila kamu pergi tanpa meluahkan rahsia hati.

Selasa, 5 Jun 2012

Kamu hutang keluargaku sebuah kehidupan

Aku tak menyangka & sama sekali tidak menduga, kehadiran kamu dalam keluargaku mengundang sejuta bencana. Kamu yang kami sangka baik sebenarnya berdusta. Kamu membohongi kami sekeluarga sehingga hidup kami tungggang langgang serta porak peranda.

Bapaku sakit kerana kamu. Begitu juga dengan ibuku. Kamu buat hidupku & adik beradik jadi haru-biru serta tak menentu. Dendam apa lagi yang cuba kau catu.

Cukup sudah sakit dan fitnah yang kamu lemparkan. Dendam, sudah kami tanamkan. Kami cuma mahu teruskan kehidupan. Namun apa lagi yang kau tagihkan.

Kamu terus aniayai kami, sehingga kami tak mampu berdiri. Kau benam kami ke dalam bumi.
Kini, jika kamu pinta maaf pun kami takkan beri. Kami cuma mohon dari Ilahi. Moga hidup kami diberkati & di akhirat sana kami peroleh bahagia yang hakiki.