Sahabat Maya

Sabtu, 30 Jun 2012

Aku lepaskan kamu kerna terlalu mencintai



Kita telah melewati sebuah edaran masa yang bernama bahagia. Aku dan kamu saling mengerti walaupun kita jarang bersua. Bicara dengan cara tersendiri walaupun tiada orang ketahui. Namun kita tetap mengenali perihal masing-masing empunya diri.

Source


Darjat kita amat berbeza...aku pipit &kamu enggang, sudah tentunya kita ditakdirkan berenggang.
Akan tetapi aku cuba melawan arus sehingga aku sendiri lemas dan tak terurus.

Aku gelarkan kamu Ghost Rider walaupun pada ketika itu kamu cuma berkereta Mazda.
Kamu pendiam namun banyak berahsia. Menyimpan rindu yang amat mendalam dalam jiwa.
Temanmu cuma dia si kecil molek yang kamu anggap sebagai adik. Dialah yang mengurus hidupmu ketika kau sedang bergelut dengan dunia kerjaya. Walaupun kala itu kamu berdepan dalam kerinduan pada kedua permata hatimu.

Aku hanya dapat menatap kamu... bintang yang jauh dan aku berimpian memiliki bintang itu. Impian yang selama ini aku sulam menjadi tenunan yang indah. Terpaksa aku  lepaskan.
Aku sedar kita tidak sekufu & sekasta. Haluan hidup kita telalu berbeza. Aku miskin & kamu kaya.

Aku lepaskan kamu bukan kerana membenci. Tetapi aku terlalu mencintai. Sesaat pun fikiranku tak pernah lupa akan dirimu. Dan sekiranya kamu membaca warkah kerdil ini kamu akan tahu. Bahawa di satu sudut kecil hatiku. Kamu tersimpan sebagai satu saga cinta yang tak pernah tercerita.


Ku pandang diatas awan...
Ku lihat bintang melambai.....
Ku hulur tangan menggapai..... Tetapi tiada sampai.....
Ku tahu bintang menunggu.. namun apalah dayaku....
Ku hanya mampu meratap.....
Di dalam ratapan... sayu.........

Bintang kau jangan bersedih...
Bintang jangan kau menangis....
Tiada mampu ku ke sana walau telah direncana....
Bintang kau tinggi di atas....
Ku duduk rendah di bawah......
Hidup mu berteman bulan... bukan insan kekurangan......

Bintang jangan... kau terus begini.......
Nanti malam mu... tiada berseri......
Kita akan tetap.... bersama... untuk selamanya.......
Cuma..... lain suasana..........

Bintang.. hentikanlah...
Tangisan yang.. akan menyiksa diriku....
Bintang.. dengarkanlah.....
Ada satu... pesan terakhir dariku....
Bintang... kau pergilah.....
Kerna itulah yang terbaik untukmu.......