Sahabat Maya

Khamis, 14 Jun 2012

Bergembiralah walaupun dalam hatimu berduka

 Hidup perlu diteruskan, pelajaran jangan biarkan separuh jalan & cinta perlukan keikhlasan serta pengorbanan.Di sebalik helaian kehidupan yang kita selak dan buka satu persatu, kita akan temui pelbagai kisah suka, kisah duka. Kisah aku, kisah engkau, kisah mereka & kisah kita.

Chapter demi chapter kita tempuh. Tak kisahlah walau orang sebut "dalam hati kau ada taman larangan la" atau "kau ini takdak perasaan ke?" Di sebalik bait-bait ayat itu, hanya kita yang mengerti kisah diri. Cerita diri sendiri cuma kita yang mengenali. Orang lain tidak ketahui. Melainkan kita beritahu sendiri. Selebihnya kita berserah pada Ilahi.

Tak kira betapa susah kita menanggung derita. Tak kira berapa banyak deraian air mata. Teruskan kehidupan dengan senyuman. Kerana di sebalik kisah derita terselit juga muka surat yang bernama bahagia.

Kita berkongsi langit yang sama namun bumi yang kita pijak adalah berbeza.