Sahabat Maya

Isnin, 18 Jun 2012

Cinta Sejati Langit dan Laut

Dahulukala, langit & laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut pada langit, warna laut sama dengan warna langit. Dan oleh sebab sukanya langit terhadap laut, warna langit sama dengan warna laut...

Setiap senja datang si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata Aku Cinta Padamu ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta daripada laut, langit tidak berbicara apa-apa cuma tersipu-sipu malu lalu tampaklah wajahnya menjadi kemerah-merahan...

Suatu hari awan datang...

Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu jatuh cinta terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut kerana saban hari langit hanya melihat laut. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara & akhirnya mendapat akal.

Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah langit & laut, menghalangi pandangan antara langit & laut terhadap satu sama lain.Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombang laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sahaja tidak berhasil.

Lalu datanglah angin, yang sejak dahulu lagi mengetahui hubungan laut & langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu. Dengan tiupan yang keras & kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga dia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas; tidak berupaya lagi mengungkap perasaan terhadap langit. Kerana berasa terseksa dengan cintanya yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit & laut tidak terpisahkan. Kita juga bisa melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara langit & laut, di situlah mereka
sedang berpacaran.