Sahabat Maya

Selasa, 26 Jun 2012

Motivasi Hari Ini - Mahu dan Mampu

Apabila kita berkehendak ke arah atau ke atas sesuatu kita akan berusaha ke arah itu... Akan tetapi bila tiba halangan-halangan di tengah jalan, adakah kita kuat untuk mengatasi  cubaan tersebut.

Source


3 perkara berkait rapat apabila kita sebut tentang impian; ingin, mahu & mampu. Apabila kita inginkan sesuatu, ia akan membuat kita rasa rasa mahu & seterusnya membuat kita berusaha supaya mampu memiliki impian tersebut.

"Bukan tak mahu, tapi tak mampu"

Aku banyak mendengar kata-kata seperti itu acap kali. Sebenarnya usaha bergantung atas diri sendiri. Allah berfirman "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu mengubah nasibnya sendiri"

Nah...jelas bukan ayat itu. Kalau kita tak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Jika tak berusaha, macam mana nak tuai hasilnya.

Hidup kita bukan angan-angan Mat Jenin, nak sesuatu terus dapat. Kalau kita nak berjaya dalam peperiksaan pun kita kena berusaha baca buku, ulangkaji, fahamkan apa yang diajar. Takkan tak buat apa-apa...boleh dapat keputusan yang cemerlang... Selepas dah puas berusaha baru berdoa kepada Allah. Barulah betul caranya...

Aku berpendapat, kita sendiri yang meletakkan tembok halangan bagi diri kita untuk berjaya. Di sebalik setiap sejarah kejayaan manusia, terdapat banyak halangan dan dugaan yang MESTI ditempuh dahulu sebelum beroleh kemenangan. Jadi andai mahu berubah, biar benar-benar MAHU dan ia akan mencetus MAMPU.

Nota aku : Hidup adalah satu perjuangan yang tak pernah ada garis penamat kecuali ajal yang memisahkan.