Sahabat Maya

Khamis, 12 Julai 2012

Antara pilihan hidup dan takdir

Bukankah sejak lahir kita hidup atas pilihan walaupun takdir ditentukan tuhan. Aku rasa tak salah kalau aku memilih haluan hidup aku sendiri & bukan diatur oleh orang lain.Kenapa harus wujud ketidakpuasan dan campur tangan bila seseorang itu "sakit mata" melihat kehidupan kita di hadapan mata mereka.



Aku tak memilih untuk dibenci. Namun, aku rasa ada kebencian dalam hati mereka. Sebagai seorang manusia normal, aku rasa kita punyai naluri untuk rasa samada seseorang menyukai atau membenci diri kita. Dan kalau ada kebencian, aku harap dipadamkan. Aku juga manusia biasa, tak lepas dari melakukan kesilapan.

Tegurlah aku andai aku salah kerana sahabat yang baik adalah cermin buat kita. Dia tersenyum bila kita bahagia, dia berduka tatkala kita sengsara dan dia menegur andai kita ada sifat yang buruk. Janganlah terus jauhkan diri.

P/S: Sesungguhnya aku hanyalah seorang insan yang tak sempurna...