Sahabat Maya

Selasa, 3 Julai 2012

Bila nak kahwin menjadi topik utama

Kahwin tu kan rezeki Ilahi...memang dirancang namun hakikatnya Allah yang tentukan.

Semalam dapat sms dari seorang kawan " Hang dah tunang, bila nak kahwin?"
Aku terdiam seketika...mencari sisa ayat yang masih berbaki dalam kepala. Tak tahu nak jawab bagaimana.

Bagi aku perkahwinan itu rahsia Allah, dia yang tentukan. Sejauh mana pun kita berkawan mahupun berkasih, ketentuan itu adalah hak miliknya.

Kita merancang, Allah juga merancang. Namun perancangan Allah mendahului segalanya.

Rezeki dalam tangan Dia. Sekiranya kita berusaha pasti akan temui juga.

P/S : Doaku agar aku temui kebahagiaan itu.