Sahabat Maya

Jumaat, 20 Julai 2012

Saya budak baru belajar...

Budak praktikal...itu gelaran yang aku dapat tatkala aku menjejakkan kaki ke alam kerjaya di Menara Berkembar KLCC. Sehingga kini, aku masih tidak percaya bahawa aku pernah bekerja di sana walaupun hanya sebagai pelajar yang ketika itu baru hendak mengenal alam pekerjaan.



Bagi aku, proses pembelajaran tidak habis setakat kita habis sekolah, kolej dan universiti. It is more than that. So, what's I'm going to share today is about the way I felt when I stepped up in career world.


Bukannya waktu itu aku tidak pandai tapi aku cuma mengikut situasi agar sesuai. Ibarat masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek. Aku sesuaikan diri mengikut keadaan & persekitaran. Walaupun pada waktu itu, aku rasakan banyak perubahan yang boleh aku lakukan jika aku berada dalam situasi mereka.

Jadi, aku nak nasihatkan sikit pada fresh graduate yang baru join alam pekerjaan. Don't try to change the way the organization works. When you time come that need you to be a leader, just lead it the way you like.

P/S : If you can't beat them, just join them.