Sahabat Maya

Rabu, 7 November 2012

Drama, drama, drama - My Blessed Mom

Kisah yang menarik penuh dengan emosi, sayu, sedih & gembira. Konfik yang tercetus di antara ibu & anak diolah dengan baik menerusi drama 20 episod ini.

My Blessed Mom diadaptasi dari novel berjudul Stupid Mother karya Choi Mun Jung.



Ia mengisahkan seorang perempuan cantik Kim Young Joo (lakonan Kim Hyun Joo) yang bijak dan mempunyai karier yang kukuh sebagai seorang editor di syarikat majalah yang terkenal di Korea. Dia berasa malu kerana mempunyai seorang kakak  (lakonan Ha Hee Ra) yang IQ level yang sangat rendah iaitu 56. Fikirannya seperti kanak-kanak berusia 16 tahun.

Kim Young Joo selalu cuba untuk menghindari kakaknya, namun, ternyata hubungan mereka makin erat dari hari ke hari sehinggalah suatu ketika dia mengetahui bahawa kakak itu sebenarnya adalah ibu kandungnya sendiri.

Selain berkisar tentang kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, drama ini juga memaparkan konflik rumahtangga Kim Young Joo apabila suaminya curang bersama wanita lain. Ditambah lagi, anak Kim Young Joo sentiasa menyalahkan ibunya kerana menyebabkan ayahnya lari meninggalkan mereka.

Drama ini boleh ditonton menerusi ONE TV Asia.

Aku suka cerita ini sebab ia mengisahkan tentang kekeluargaan lebih-lebih lagi seorang ibu. Aku menangis macam orang kena pukul pada beberapa episod. Bagi aku cerita ini ada aura yang tersendiri.