Sahabat Maya

Rabu, 9 Januari 2013

Bola La Pulak...

Semalam menyaksikan perlawanan antara Johor Darul Takzim menentang Pahang. Perlawanan yang sengit sebagaimana perlawanan Malaysia menentang Indonesia dalam Piala Suzuki AFF lagaknya.

Aku akui yang JDT mempunyai ramai pemain-pemain yang hebat tetapi persembahan bersahaja pada babak kedua permainan menyebabkan mereka tewas di tangan Pahang 3 - 2. Walaupun perbezaan mata yang sedikit namun ia tetap menimbulkan calar pada hati peminat-peminat JDT.

Safee Salee diturunkan pada saat 5 minit perlawanan berbaki. Agaknnya apakah percaturan atau strategi yang dibuat oleh Jurulatih JDT?

Bagi pasukan Pahang, tentangan sengit pada babak kedua perlawanan membuahkan hasil yang lumayan.

Syabas kedua-dua pasukan kerana menunjukkan aksi yang menarik.

Jadi keputusannya Gambang Water Park 3  - Legoland 2.

Untuk perlawanan Selangor menentang Negeri Sembilan, sekalung tahniah kepada pasukan Red Giant  atas kemenangan ke atas Si Rusa 1- 0