Sahabat Maya

Isnin, 11 Mac 2013

Mesra Rakyat ke?

Semalam aku menghadiri majlis ramah mesra YB bertemu belia di salah satu kawasan daerah Banting.
Sejujurnya aku memang terlibat secara tidak langsung dalam pengendalian program berkenaan.

Apa yang aku tak puas hati adalah kami dijanjikan oleh YB berkenaan yang dia tidak akan melibatkan isu politik di dalam majlis tersebut. Kata beliau lagi sewaktu proses perbincangan, beliau hanya ingin mendengar suara hati belia dari kawasan O.L.

Akan tetapi, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Program itu bermula sekitar jam 09:30 malam di salah sebuah restoran kecil berhampiran sebuah tempat bermain futsal.  Belia mula hadir bagi bertemu YB tersebut seawal jam 09:00 malam. Sebaik sahaja 15 minit acara bermula, aku mula mendengar ceramah dan ucapan berbaur politik diutarakan oleh seorang demi seorang jurucakap dan seterusnya YB tersebut.

Dengan sikap yang tidak mahu mendekatkan diri dengan belia dan hanya duduk dengan "kawan-kawan" sememangnya tak dapat tawan hati anak-anak muda dari kampung tersebut.

Pada aku, belia-belia kawasan berkenaan amat 'independence' kerana mereka berusaha keras demi menyara hidup. Jadi, untuk tunduk dan menyembah bukanlah sikap mereka.

Kepada YB, saya harap agar YB lebih mesra belia di masa akan datang. Kami tak minta disembah, kami cuma ingin suara kami didengari oleh pemimpin.

Sumber : Malaysialand