Sahabat Maya

Sabtu, 9 Mac 2013

SLE?

SLE (Systemic Lupus Erythematosus) merupakan sejenis penyakit kronik berpanjangan berlaku kesan daripada kecelaruan sistem pertahanan tubuh yang membabitkan sistem auto imun badan apabila sistem pertahanan menyerang tubuh. Sistem pertahanan tubuh adalah rangkaian sel yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing.

Sistem ketahanan tubuh badan akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan mikroorganisma kuman yang masuk ke dalam tubuh. Antibodi ini akan bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan kuman berkenaan. Bagi pesakit SLE antibodi yang dihasilkan untuk melindungi tubuh badan ini sebaliknya menyerang sel-sel tubuh sendiri.

Sumber fakta & gambar

Bagi aku penyakit ini adalah anugerah dari Allah buat aku. Organ pertama yang diserang dalam badan aku adalah buah pinggang menghasilkan lupus nephritis. Aku bersyukur masih diberi kesempatan untuk bernafas. Apa pun yang terjadi, aku tetap seorang anak, seorang rakan, seorang sahabat, seorang rakan sekerja, seorang kekasih kepada seseorang...So, I will live it up my life (^_^)