Sahabat Maya

Selasa, 19 Mac 2013

Tika & Saat Itu (30 Tahun Lalu)

30 tahun yang lalu pada waktu & tarikh yang sama lahir seorang kanak-kanak yang cute (perasan pulak).
Dia dibesarkan bagai minyak yang ditatang penuh.

Hari ini aku hidup berkelana namun aku masih memegang tanggungjawab sebagai seorang anak, kakak, kawan dan lain-lain lagi. Yang paling penting aku masih memegang title sebagai Khalifah di atas muka bumi & Hamba Allah dulu, kini & selamanya.

Terima kasih (tak ada ucapan yang sesuai diucapkan) selain dari perkataan itu kerana ia menggambarkan seluruh penghargaanku kepada Penciptaku Allah Ar-Rahman Ar Rahim, kepada ibu yang melahirkan aku, kepada abah yang tak jemu menasihatkan aku, kepada adik-adik yang menjadi tulang belakangku, kepada saudara-mara yang sentiasa di sekelilingku, kepada rakan, teman, sahabat serta taulan yang selalu bersama susah mahupun senang.



Alhamdulillah syukur.