Sahabat Maya

Selasa, 12 Mac 2013

Untungnya kalau pandai berniaga...

Semalam aku tak boleh tidur macam biasa sebab pengambilan steroid akibat penyakit. Aku dah lali dengan situasi macam ni setelah dua bulan.

Malam tadi juga aku terfikir, kalau aku meniaga dah tentu boleh tolong orang buat banyak duit. Yelah, aku kan tak boleh tidur. Kalau orang lain kerja 8 ke 12 jam sehari. Aku boleh kerja 20 ke 23 jam sehari. 1 jam baring-baring luruskan badan.

Tapi sayangnya aku bukan pandai sangat nak meniaga ni. Cakap pun tak berapa pandai. Lagipun aku bukanlah masuk dalam kategori ramah-tamah. Dengan perangai aku yang agak berat mulut aku rasa susah kot nak meniaga.

Tapi satu benda yang aku suka buat ialah bila orang ada masalah aku dengar, aku kaji, aku cuba cari jalan penyelesaian untuk dia walaupun aku tak kenal.

Kalau aku nak meniaga perkhidmatan kaunseling, aku kena ada sijil. Kalau dak, mana orang iktiraf.
Laaa ni semua orang nak certificate, aku takat diploma IT ja...

Buat masa ni...aku akan pikiaq lagi

Chow....