Sahabat Maya

Khamis, 25 April 2013

Faham ke?

Dah agak lama aku tak menaip kat blog ni. Dah berhabuk agaknya.

Hari ini aku terpanggil nak cerita pasal faham. Bila orang sebut pasal memahami kita, adakah dia benar-benar faham atau sekadar nak sedapkan hati kita yang dia faham keadaan kita.

Aku kadang-kadang lebih suka berdiam diri dari berkongsi cerita dengan orang lain. Satu-satunya orang yang faham aku adalah mak aku. Dia cukup memahami, sebelum aku sempat buka mulut dia tahu yang aku ada masalah.

Seeloknya kalau tak faham , tolonglah tanya orang itu apa masalah dia sebab kita tak mungkin faham situasi orang lain melainkan kita berada dalam situasi tersebut.

Macam aku selalu kata "Kita takkan dapat rasa macam mana jatuh ke dalam lubang melainkan kita dah jatuh dalam lubang tersebut"

Fahamilah kita bukanlah naskah akhbar yang terbuka

#SalamSejahtera

Jumaat, 5 April 2013

Melati dan Delima

Dulu time kecik-kecik selalu dengar lagu Fifi, adik Adrian dari Adrian Band...

"Putih-putih melati Ali Baba, 
Merah-merah delima meow-meow
Siapa yang baik hati Cinderella, tentu di sayang emak
Siapa yang jahat itu Bawang Merah tentu dibenci emak"



Bila dah besar, ada pulak versi lain:-

Jom layan lagu dari ST12 ni:-

Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Kerna kau tak seputih melati

Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan ‘tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati

Chorus
Putih-putih melati
Merah-merah delima
Siapa yang baik hati
Pasti ku terima
 
 
 
 


Tidak Wujud???

Kredit to pemilik blog... (tak ingat la...blogwalking kat blog dia bulan lepas then jumpa header ni)

Khamis, 4 April 2013

Cuti-cuti santai kat Grand Lexis

Bulan lepas I pergi bercuti...

Dapat jugak rehatkan badan yang lesu ni...tapi I kena jaga-jaga sebab tak boleh kena cahaya matahari yang berlebihan...I dibawa bercuti ke Grand Lexis PD.

Biliknya Sky Pool Villa...For over 3 days, I cuma rehat dalam bilik disebabkan ubat yang  I ambil tak izinkan I untuk kerap berada di luar. Oleh itu, I just enjoy mandi private swimming pool yang ada kat sana.



Breakfast yang pihak hotel sediakan sedap-sedap belaka. I really enjoy the food tapi tak boleh makan banyak sebab ikut arahan doktor.


I would suggest pada family yang ingin bawa family pergi bercuti sambil santai-santai, Grand Lexis is the best.
So, alhamdulillah for my birthday I've got free vacation from my beloved Pak Ndak & Mak Ndak.
Thank you so much...I love you (^_^)



Panduan AM Pesakit SLE

Hi...

Dah bersawang rupanya blog teman nie...hehehe

Kali ini, saya just nak share pasal panduan am buat rakan-rakan yang seangkatan dengan saya so that uolss boleh jaga kesihatn okeyy...

Gaya Hidup
  • Dinasihatkan menggunakan krim pelindung cahaya matahari 
    (mengandungi SPF sekurang-kurangnya SPF 45)
  • Gunakan payung, topi atau pakai baju lengan panjang untuk mengelakkan terkena
    cahaya matahari yang berlebihan
Ubat
  • Sila ikut arahan doktor
  • Jangan berhenti makan ubat tanpa kebenaran doktor
  • Jangan campur ubat anda dengan ubat yang tidak diketahui asal-usulnya. Ini adalah untuk mengelakkan interaksi yang tidak diingini antara ubat
Rawatan susulan
  • Berjumpa doktor sebagai mana yang telah ditetapkan
  • Patuhi arahan doktor
Tekanan
  • Cuba elakkan tekanan kerana ia akan mengakibatkan penyakit menjadi aktif
  • Sentiasa berfikiran positif
Diet
  • Kenalpasti makanan yang sesuai dengan sistem individu anda
  • Amalkan diet yang seimbang dan sihat
  • Pastikan diet anda rendah garam, rendah lemak, rendah gula dan mengandungi kalsium dan Vitamin D yang mencukupi

    Sumber :lupusmalaysia