Sahabat Maya

Khamis, 25 April 2013

Faham ke?

Dah agak lama aku tak menaip kat blog ni. Dah berhabuk agaknya.

Hari ini aku terpanggil nak cerita pasal faham. Bila orang sebut pasal memahami kita, adakah dia benar-benar faham atau sekadar nak sedapkan hati kita yang dia faham keadaan kita.

Aku kadang-kadang lebih suka berdiam diri dari berkongsi cerita dengan orang lain. Satu-satunya orang yang faham aku adalah mak aku. Dia cukup memahami, sebelum aku sempat buka mulut dia tahu yang aku ada masalah.

Seeloknya kalau tak faham , tolonglah tanya orang itu apa masalah dia sebab kita tak mungkin faham situasi orang lain melainkan kita berada dalam situasi tersebut.

Macam aku selalu kata "Kita takkan dapat rasa macam mana jatuh ke dalam lubang melainkan kita dah jatuh dalam lubang tersebut"

Fahamilah kita bukanlah naskah akhbar yang terbuka

#SalamSejahtera