Sahabat Maya

Rabu, 15 Mei 2013

Diari cinta seekor lipas

Tiap-tiap kali aku melata di tepian longkang, aku selalu tengok awek tu. Cun betul getus hatiku. Lirikan matanya yang menggoda pastinya membuatkan iman aku tergugat. Tapi aku sedar diri, aku cumalah seekor lipas yang menggangur, rupa pulak tak sekacak lipas-lipas yang ada di kejiranan kami.

Awek tu memang lawa, bila dia kibarkan sayapnya yang berkilau aku rasa macam tengok bidadari turun dari syurga. Pendek kata, cantik 'habih meter' la. Tetapi, ada seekor lagi lipas minat pada awek tu juga. Dia nak cabar kejantanan aku walhal dia tahu aku dah lama menyimpan perasaan kat awek tu.

Aku pernah jumpa dia nak mengurat "awek aku" tu. Dia punya tackle kalah mat romeo. Aku punya geram sampai 2-3 hari tak makan, cari idea macam mana nak halang niat si romeo tua tu. Aku ni bukannya apa, awek tu baik...aku pun baik jugak. Jadi, lipas yang baik-baik ni eloklah dijodohkan lebih afdhal...berkat ehehehe.

Arakian, aku pun dapat la idea yang bernas lagi jitu. Aku nekad luahkan perasaan aku pada buah hati aku. Apa pun yang bakal jadi, aku terima. Aku tetap akan bagitahu dia isi hatiku. Biar dia tahu yang selama ini aku cinta dia seekor dalam dunia ini.

Suatu hari yang indah, aku jumpa dia dalam sebuah rumah. Suasana yang agak romantik membuatkan aku bersemangat nak luahkan apa yang aku rasa sekian lama. Aku pun tengok dia bertenggek di tepi dinding. Dalam kepala aku dah susun bait-bait ayat supaya tak tersasul.

Aku pun pandang cermin, betulkan sesungut.
"Hensem jugak aku ni walaupun hitam, hitam itu kan menawan"
Aku pun sedia untuk dekati dia, sayapku aku gerak-gerakkan semata-mata nak memikat hati si dia.

Tiba-tiba...."pok" aku rasa kepalaku berpinau...pening.
"Sakitnya kepala aku, apa yang dah jadi ni?"
Belum sempat apa-apa, sebuah penyapu hinggap  atas kepala aku. Aku terkulai layu, tak sempat nak luahkan rasa cinta pada gadis yang aku cinta.

"Amik ko lipas, sapa suruh bertenggek atas meja makan aku?!!!!"

Itu suara terakhir yang tengiang-ngiang di cuping telingaku.

Apa salah aku? Aku cuma nak gadis tu tahu yang aku sayang dia sepenuh hati aku...