Sahabat Maya

Khamis, 16 Mei 2013

Sifu

Bersua muka dan bersarapan dengan seorang sahabat yang agak lama tidak bertemu.
Pelbagai topik yang diceritakan...antaranya tentang hikmah ujian dalam hidup.
Aku jadi insaf, jika kita fikir hidup kita susah sebenarnya ada orang yang lebih susah dari kita.
Oleh itu, kita kena banyak bersyukur dengan pemberian Allah s.w.t.

Hari ini bersempena dengan Hari Guru, aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada insan-insan yang banyak mendidik aku mengenal ilmu pengetahuan, mempelejari erti sebuah kehidupan. Tangan-tangan kalian tak putus-putus menarik aku supaya meneruskan kehidupan. Semangat kalian sentiasa mengiringi langkah aku yang kadangkala lemah dimamah ujian.

Terima kasih...

Kepada ibuku, Wan Halimah binti Haji Wan Salleh. insan yang banyak berjasa kepadaku. Guru pertama dalam hidupku yang sentiasa bersama melewati hidup samada susah mahupun senang.

Kepada abahku, yang sentiasa mempercayai diriku sebagai anak sulong walaupun aku bukan anak lelaki. Abah adalah guru yang terbaik dalam megajar aku ilmu matematik.

Kepada guru-guruku dari SKJ, SMKAK, IIC kalian adalah sumber inspirasi yang selalu berusaha meningkatkan taraf hidup anak bangsa sepertiku.

Terima kasih sifu-sifuku...