Sahabat Maya

Isnin, 3 Jun 2013

Pemikiran Sivil

          Seketika aku ada urusan di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ramai penumpang keluar masuk, tak kurang juga yang menghantar saudara mara menunaikan umrah.
Tak terduga sama sekali hari ini hari yang kurang baik bagi aku.
        
         Dari ruang legar Kelas Bisnes (Business Class) MAS, aku mengheret kaki yang kekejangan. Lama kelamaan ia semakin berat lalu aku menghampiri lif di tingkat Pelepasan. Setibanya lif, berpusu-pusu umat memenuhi setiap ruang lif tersebut. Aku berada di hadapan sekali.
       
        Setibanya di tingkat Ketibaan, seorang penumpang lelaki berbangsa Cina meluru masuk dengan kasar. Tanpa meminta izin, dia terus menolak troli yang penuh dengan muatan ke dalam lif. Lif berkenaan pada ketika itu penuh dan troli tersebut hampir mengenai kepala seorang budak perempuan. Ibu kepada budak perempuan tersebut menegaskan bahawa tiada ruang lagi di dalam lif.
       
        Lelaki berkenaan seakan tidak mengendahkan orang di sekeliling. Sewaktu samapai di tingkat 2, lelaki tersebut terus menarik troli melalui kaki aku yang kejang sedari tadi. Ya Allah, sakitnya bukan kepalang. Hanya Tuhan sahaja yang tahu, aku seakan hendak menangis di situ. Tanpa meminta maaf, lelaki itu terus meluru keluar menuju ke arah parking sedangkan aku terkial-kial berjalan menuju "travellator".
       
      Aku tak marah tapi ingin menegur, sesibuk mana pun kita samada dalam urusan harian mahupun kerja kita janganlah mengabaikan hubungan kita sesama manusia kerana pada akhirnya orang yang menguruskan mayat atau jenazah kita adalah manusia. Berbuat baik sesama insan, jangan berprasangka buruk, jadikan senyum sebagai rakan yang paling baik.
       

Seorang hamba Allah pernah berpesan kepadaku:-
  
Kelakuan gambaran hati
Bahasa lukisan budi
Dan jadikanlah ilmu teman sejati