Sahabat Maya

Selasa, 18 Jun 2013

Tak ada berita

      Kalau kita tiada perkara untuk diceritakan, lebih baik kita berdiam diri. Itu pendapat aku. Aku tak pasti bagi orang lain. Aku lebih suka ambil pendekatan berdiam diri. Bukan tiada cerita untuk dikongsi cuma aku rasa privasi seseorang itu bergantung kepada setiap persepsi individu.
     
      Lewat bulan lepas, aku bertemu dengan seorang sahabat yang agak lama tak jumpa. Sahabat seperjuangan di kolej dulu. Lama kami berbicara, walaupun hari sudah agak lewat malam.
Tersesat pula aku tika melewati Ampang. Alamat rumahnya ku buka dari pesanan ringkas yang dihantar. Aku jumpa rumahnya tepat jam 10:00 malam. Telat. Maaf aku tidak sengaja.

     Kek yang cawan yang dibuat olehnya sangat menarik. Dalam hati aku berdoa, moga tak cair.
Jauh perjalanan hendak dibawa. Kedah.
   
     Lama juga kami bersembang, dari kenangan zaman belajar sehingga berita semasa. Tidak lupa juga kisah-kisah dan khabar terbaru rakan  taulan yang sudah lama tidak bersua muka. Rindu.
Kawan-kawan rumah aku yang lama kebanyakannya sudah berumahtangga. Ada komitmen masing-masing. Lain cerita aku dan rakanku, kami masih bujang dan banyak perancangan yang kami atur usai perjumpaan itu. Tak sabar.
 
    Adikku juga telah selamat mengikat tali pertunangan dengan insan tersayang. Aku bersyukur tatkala melihat kesemua keluargaku gembira dan bahagia. Alhamdulillah. Kek yang ditempah hadiah aku untuk dia. Aku doakan adik gembira.