Sahabat Maya

Jumaat, 5 September 2014

Hulurkan aku secangkir kopi


Hulurkan aku secangkir kopi
Agar bias ku hilangkan dahaga ini
Perjalanan hidup tak pernah berhenti
Kekadang tertawa kekadang meratapi

Tekanan ini semakin memuncak
Namun sekarang seakan mendesak
Aku buntu dan sesak
Adakalanya ada jawapan adakalanya tidak

Hulurkan aku secangkir kopi
Agar cafein meneroka setiap ceruk minda
Supaya aku bisa terus mengharungi
Daftar hidup yang masih lagi bersisa

 

Rabu, 30 Julai 2014

Salam Aidilfitri 1435H & Maaf zahir & batin

 

Hari ini 3 Syawal, tentu ramai yang masih beraya mengunjungi sanak saudara. Mungkin ada lagi yang masih berada di kampong halaman meraikan bersama keluarga yang tersayang.

Cuti saya tinggal sikit sahaja lagi, jadi raya ni saya ambil cuti sampai semalam. Jalan memang jem bila nak balik ke KL semula. Drive pulak sorang-sorang jadi memang mengantuk tapi terpaksa jalan jugak takut sampai sini lewat malam. Sebelum balik sempat posing dulu bersama mak, mak lang, adik-adik & sepupu-sepupu saya.


Gambar sebelum balik KL (Maaf tak jelas)
 

Tahun ni macam biasa, ambil tender buat ketupat palas sebab adik-adik tak pandai nak balut, jadi saya dan emak yang bertungkus lumus buat ketupat. Kalau tak ada ketupat tak syok la kan. Bak kata adik saya "Tak ghasa ghaya kalau kak long tak balut ketupat" hehehe

Ketupat daun palas
Adik-adik lelaki & sepupu-sepupu dok sibuk dengan pelita-pelita depa semua

Ni lah hasilnya


Ni jugak


 
 
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir & batin buat semua yang mengenali diri saya. Maafkan segala khilaf saya yang sengaja mahupun tidak disengajakan. Dari Aida & keluarga
 
#kosongkosong

 


 

 

 



 
 








Selasa, 17 Jun 2014

Exam dah dekat.....

Alamak.....apa nak buat ni?

Final exam dah dekat, kerja makin banyak dan aku pulak masih terkulat-kulat nak buat yang mana satu. Siang bekerja, malam belajar. Weekend kelas.

Jadual yang padat macam ini buat aku hilang akal seketika. Tapi aku suka dengan keadaan yang sibuk begini. Ia buatkan aku lebih focus.

Alhamdulillah, sakit aku dah beransur pulih. Cuma sekali-sekala ia menyerang sakit jugaklah. Contonya macam semalam, aku dok fotostat, tiba-tiba dia serang ulu hati. Aduh....rasa pitam jap. Dok kat kerusi 5 minit, pastu sambung kerja.

Aku tahu orang tak suka bila kita selalu sakit, MC dan cuti kecemasan. Tapi bila ia tetiba menyerang. Aku terpaksa mengalah. Kadang-kadang tak tertanggung sakit yang aku alami. Namun, Allah sahaja yang tahu. Lagipun aku sendirian di kota yang penuh dengan kapal terbang ini...

Teringat selalu pesan mak, kalau tak tahan...berhenti kerja. Balik kampung. Namun, aku bertegas ini dugaan buat aku. Tiap-tiap kali aku hendak mengalah, aku akan imbas kembali kenapa aku datang ke sini dahulu.Tak lain tak bukan untuk menyara keluargaku. Aku akan cuba kumpul sisa semangat yang ada untuk aku berjuang selagi hayat masih di badan.

Baru-baru ini, aku pulang ke kampung halamanku nun jauh di utara. Aku jadi sebak dengan keadaan abahku yang sudah tidak dapat melihat. Dia cuma mengamati suasana kami berkumpul sekeluarga dengan hanya mendengar gelak tawa kami, sesekali terdengar pertelingkahan kecilantara aku adik-beradik. Abah sungguh tabah dan semangat dia begitu kuat ingin melihat aku memegang segulung ijazah.

Kerana dia, aku akan pikul tanggungjawab sebagai seorang anak, pekerja dan pelajar sekaligus.
Ya Allah, kuatkanlah semangatku, tabahkanlah hatiku dan permudahkanlah urusanku ini. Amin.