Sahabat Maya

Selasa, 17 Jun 2014

Exam dah dekat.....

Alamak.....apa nak buat ni?

Final exam dah dekat, kerja makin banyak dan aku pulak masih terkulat-kulat nak buat yang mana satu. Siang bekerja, malam belajar. Weekend kelas.

Jadual yang padat macam ini buat aku hilang akal seketika. Tapi aku suka dengan keadaan yang sibuk begini. Ia buatkan aku lebih focus.

Alhamdulillah, sakit aku dah beransur pulih. Cuma sekali-sekala ia menyerang sakit jugaklah. Contonya macam semalam, aku dok fotostat, tiba-tiba dia serang ulu hati. Aduh....rasa pitam jap. Dok kat kerusi 5 minit, pastu sambung kerja.

Aku tahu orang tak suka bila kita selalu sakit, MC dan cuti kecemasan. Tapi bila ia tetiba menyerang. Aku terpaksa mengalah. Kadang-kadang tak tertanggung sakit yang aku alami. Namun, Allah sahaja yang tahu. Lagipun aku sendirian di kota yang penuh dengan kapal terbang ini...

Teringat selalu pesan mak, kalau tak tahan...berhenti kerja. Balik kampung. Namun, aku bertegas ini dugaan buat aku. Tiap-tiap kali aku hendak mengalah, aku akan imbas kembali kenapa aku datang ke sini dahulu.Tak lain tak bukan untuk menyara keluargaku. Aku akan cuba kumpul sisa semangat yang ada untuk aku berjuang selagi hayat masih di badan.

Baru-baru ini, aku pulang ke kampung halamanku nun jauh di utara. Aku jadi sebak dengan keadaan abahku yang sudah tidak dapat melihat. Dia cuma mengamati suasana kami berkumpul sekeluarga dengan hanya mendengar gelak tawa kami, sesekali terdengar pertelingkahan kecilantara aku adik-beradik. Abah sungguh tabah dan semangat dia begitu kuat ingin melihat aku memegang segulung ijazah.

Kerana dia, aku akan pikul tanggungjawab sebagai seorang anak, pekerja dan pelajar sekaligus.
Ya Allah, kuatkanlah semangatku, tabahkanlah hatiku dan permudahkanlah urusanku ini. Amin.