Sahabat Maya

Ahad, 26 April 2015

Antara pilihan hidup dan takdir

Tajuk ini pernah menjadi tagline bagi blog ini. Saya merasakan ia begitu dekat malam ini. Apabila direnung sedalam-dalamnya, tak semua yang kita impikan itu dapat kita kecapinya. Adakalanya kebahagiaan yang kita impikan putus di tengah jalan.

Apa yang telah berlaku sebagai pilihan hidup kita tak semestinya berakhir dengan kebahagiaan. Sebagai seorang Islam, kita kena redha dengan qada' dan qadar iaitulah takdir.

Dalam berdepan dengan masalah dan keluh-kesah di dalam hidup, kita kena juga pandang belakang untuk mengambil iktibar atas apa yang terjadi dalam hidup kita. Apa yang baik kita jadikan panduan, yang tak elok jadikan sempadan dan pengajaran.

Wahai insan yang pernah bertakhta di hati. Fahamilah apa yang terjadi adalah suratan Ilahi. Andai Dia takdirkan suatu hari kita ada jodoh. Sudah semestinya urusan itu Allah mudahkan. Jika kita tiada jodoh, janganlah menyimpan dendam pada diriku ini. Aku tak pinta kisah kita begini.

Ikhlas,
Seorang Hamba Allah