Sahabat Maya

Sabtu, 16 Mei 2015

Aku bebas!!!!!

Beberapa hari ini aku dalam dilema untuk melepaskan orang yang aku sayang telah pergi.  Namun kini aku sedar segalanya milik Allah. Dan kalau Allah ambilnya kembali, aku patut berlapang dada.

Alhamdulillah, keluarga di sisi senantiasa bagi sokongan dan doa agar aku gembira.

Untuk kesekian kalinya, arwah abah aku bagi keputusan yang bijaksana. Dia tak mengarah cuma meminta. Dan hari ini, aku mengakui 200 persen yang pendapat yang mak dan abah bagi memang tepat. Aku kan terus membalas jasa ayananda dan bonda tercinta selagi hayat dikandung badan.

Khamis, 14 Mei 2015

Rapuhnya

Rapuhnya kita dalam langkah meniti hidup sehari-hari. Kadang-kadang kita fikir kita dah cukup kuat untuk tempuh dugaan tetapi ternyata kita juga perlukan bahu untuk bersandar, mata untuk menangis dan dahi untuk bersujud.

Ahad, 10 Mei 2015

Daun yang gugur pun tak pernah menyalahkan angin

Assalamualaikum...
Sungguh. Daun-daun sentiasa jatuh berguguran. Namun, namun ia tak pernah salahkan angin. Begitu juga dengan hidup dan takdir kita. Apa yang terjadi, baik mahupun buruk, ia adalah ketentuan Allah Yang Maha Esa.

Daun-daun tu tak pernah cuba membalas dendam kepada angin meskipun anginlah yang menjatuhkannya. Sebaliknya ia terbang meliuk lentok bergerak mengikut arah angin dan mereka menjadi sahabat setia.

Pastinya, ada kemaafan dalam setiap kesilapan yang kita pernah buat. Kita merasakan bahawa dosa kita terlalu banyak, tetapi rahmat Allah lebih luas dari dosa kita.

Saat ini, detik ini dan ketika ini.
Sudahkah kita bertanya kepada diri sendiri, sudah berapa banyak kesusahan yang telah kita tempuhi dan sebahagian besar dugaan hidup kita rentasi.

Dan, adakalanya kita pun sudah lupa sebahagian daripada cita-cita dan permintaan kita yang telah dimakbulkan.

Kita lupa bersyukur dengan nikmat kebahagiaan yang Allah beri. Lantas, apabila ditarik semula. Kenapa kita mula marah? Bukankah semua yang diberikan kepada kita hanya pinjaman sahaja.

Alhamdulillah, bersyukur kita masih diberi kesempatan untuk mulakan fasa pengalaman baru yang lebih baik, insyaAllah.