Sahabat Maya

Ahad, 3 Mei 2015

Musim dan Rezeki

Assalamuaikum...
Salam sejahtera.

Musim cuti sekolah dah tiba tapi pendek aje tu pun sebab cuti kali ini agak panjang 1-4 Mei 2015. Sekarang juga musim hujan. Nun di utara negeri-negeri di Malaysia mengalami hujan pada petang hari. Tetapi di sekitar selatan hujan turun pagi, petang tak kira masa. Saya pernah sembang dengan adik yang kerja di Tesco Nilai. Dia cakap cuaca sekarang tak kira musim. Saya jawab bumi dah tua. Dia pun adakalanya hilang ingatan. Itu jawapan saya sambil tersenyum. Hakikatnya, hanya Allah yang tahu tentang semua yang berlaku.

Rezeki juga Allah yang tentukan. Sebut pasal GST semua marah. Saya juga setuju bahawa berlaku ketidakadilan dalam perlaksanaan cukai ini. Ramai peniaga dan pengguna masih lagi celaru mengenai pengiraan cukai. Akibatnya, harga barang melambung tinggi. Itu juga dikira sebagai rezeki. Rezeki yang sampai pada kita telah Allah tentukan. Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Ghaafir ayat 60 yang tafsirannya:

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."

Jadi, tepuk dada tanya iman. Di manakah kepercayaan kita kepada Allah.