Sahabat Maya

Sabtu, 2 Mei 2015

Tarik rambut sampai putus

Air dicincang tak akan putus. Begitulah kehidupan keluarga. Walau macam mana sekalipun perselisihan faham yang kita lalui akhirnya kita akan pulang kepada keluarga tersayang.

Setelah lama mengembara dan bermusafir di negeri orang, aku rasa tiba masanya aku pulang untuk menjaga ibuku.

Mak, maafkanlah kak long kerana berpergian terlalu lama ke tempat orang untuk mencari sesuap nasi. Kak long tidak berniat untuk pergi lebih jauh melainkan Allah telah jemput kak long.

Kak long harap selepas ketiadaan kak long, keluarga kita masih menjaga hubungan silaturrahim dengan saudara mara dan sesama manusia. Jangan disebabkan hal yang terlalu kecil kita nyalakan api yang membara dalam hati kita.

Allah ciptakan hati kita kuat untuk tempuh fugaan, kita sentiasa kena mengadu dan meminta kepadaNya agar hidup kita mendapat rahmat dan redha dari Allah.

Keluarga....
Cuba tengok di sekeliling kita. Merekalah orang yang memberi kasih sayang dan bantuan tanpa syarat. Mereka sentiasa ada tangan untuk dihulurkan tika kita susah. Bahu mereka sentiasa ada untuk kita bersandar untuk luahkan rasa.
Dek kerana salah faham, usah biarkan sayang kita juga putus bersama rambut itu.
Siapa lagi kita ada untuk harungi ujian kehidupan ini....