Dalam kita meniti titian dunia, banyak ranjau duri yang telah kita tempuh. Namun, banyak lagi denai yang belum lalui. Hidup adalah tentang pilihan.
Kita perlu membuat pilihan jalan yang mana kita nak tempuh. Setiap laluan ada kesan dan akibat (ujian) yang perlu kita jalani demi memantapkan hati dan seterusnya menguatkan iman kita.
Laluan akan jadi mudah hanya apabila hati kita punyai iman. Kita akan rasa yang setiap kesusahan itu akan mendekatkan kita dengan Allah Yang Maha Esa. Bukankah kita akan pulang ke sana? Kampung halaman kita bukan di dunia. Tempat ini hanya singgahan. Buat kita berbekal menuju ke alam sana. Kampung halaman kita adalah syurga.
Jika kita berkehendakkan syurga, ikutlah suruhan Allah. Tinggal apa yang Allah larang.
Caranya bagaimana? Bukankah Allah sudah mengutuskan kepada kita seorang Rasul iaitu Nabi Muhammad sollalahu 'alahi wasallam yang menjadi contoh bagaimana seorang manusia patut ikut dan contohi.
Kalau tak blh ikut banyak, ambik sedikit-sedikit. Jangan tak buat langsung.
Sabarlah dengan ujian yang Allah beri kepada kita. Hikmah Allah beri di balik ujian itu melebihi dari rasa susah hati kita. Sentiasa berdoa kepada semua saudara sesama Islam. InsyaAllah, sama-sama kita tempuh dunia ini dengan hati yang sentiasa redha dengan qada' dan qadar.
Allahumma aameen.